Kes di Saudi kini 164,144

ARAB Saudi merekodkan 3,139 kes baharu koronavirus Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes 164,144. Kementerian Kesihatan juga mengumumkan 39 kematian yang membawa jumlah meningkat kepada 1,346. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 109,885 apabila 4,710 lagi pesakit dilaporkan pulih. Sementara itu Jeddah merekodkan 393 kes jangkitan, Dammam 301, Riyadh 299, Makkah 277, Al Qattif 237, Khobar 178, Dhahran 165, Madinah 156, Khamis Mushait 122 dan Taif 117.

Read More

Kes baharu Indonesia 1,051

INDONESIA menambah 1,051 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 47,896 kes. Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 35 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini 2,535 orang. Sebanyak 13,348 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 741 kes, diikuti provinsi Jakarta (594 kes), Jawa Barat (171), Kalimantan Selatan (167) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia. SINGAPURA mengesahkan 119 kes jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam lepas dengan majoritinya adalah…

Read More

Kembali kepada satu angka

PUTRAJAYA: Kes baharu Covid-19 di negara ini kembali kepada satu angka dengan tiga kes direkodkan sehingga jam 12 tengah hari Selasa, 23 Jun antara yang terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 8,590 kes. Semua kes baharu melibatkan kes penularan di dalam negara, iaitu masing-masing dua warga asing dan seorang warganegara Malaysia. Tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dilaporkan. Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan (KKM) juga memaklumkan bahawa terdapat sembilan kes yang…

Read More

PRU Singapura 10 Julai

PERDANA Menteri Singapura,  Lee Hsien Loong berkata Pilihan Raya Umum mesti diadakan sekarang ketika semuanya dalam keadaan stabil serta memberi peluang pemerintah mandat lima tahun yang baharu . Katanya, pandemik Covid-19 masih belum pasti pengakhirannya, mungkin sehingga April tahun depan, iaitu tempoh tamat pemerintah sekarang. “Setelah pilihan raya tersebut, pemerintah baru dapat memberi tumpuan kepada cabaran yang dihadapi Singapura termasuk berkaitan ekonomi, pekerjaan dan pandemik Covid-19 sendiri,” dalam ucapan yang disiarkan di televisyen dan Facebook hari ini , 23 Jun. Pilihan raya akan berkangsung pada Jumaat, 10 Julai manakala penamaan…

Read More

9 juta kes, 470,700 kematian

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia sehingga pukul 8 pagi ini, 23 Jun 2020 mencecah 9 juta kes dengan 470,716 kematian. Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) mendahului kes jangkitan dan kematian dengan jumlah kumulatif 2,310,334 kes dan 120,384. Ini diikuti Brazil yang merekodkan 1,104,561 kes dan 51,228 kematian. Rusia walaupun merekodkan jangkitan kes di tempat ketiga dengan 591,465 tetapi berada di tangga ke-14 kematian dengan 8,196 kes. India pula di tempat keempat catatan kes iaitu 425,282 dengan 13,699  kematian sementara United Kingdom (UK) pula merekodkan 306,761 kes di…

Read More

Tiada jemaah antarabangsa

RIYADH: Musim haji tahun ini diteruskan tetapi terhad kepada jemaah tempatan dari pelbagai negara yang menetap di Arab Saudi. Kementerian Haji dan Umrah dalam satu kenyataan telah memutuskan musim haji bagi tahun 1441h, akan diteruskan tanpa kehadiran jemaah antarabangsa. Dalam satu kenyataan, keputusan itu dibuat bagi memastikan ibadat haji dijalankan dengan kaedah selamat berikutan penularan wabak Covid-19. Kerajaan Arab Saudi mengambil kira faktor keselamatan jemaah dan akan memantau pendekatan pencegahan dan protokol penjarakan sosial. “Keputusan ini adalah refleksi keinginan pemerintah Arab Saudi untuk melindungi umat Islam dari bahaya pandemik,” kata…

Read More

Kes di Saudi 161,005

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) Arab Saudi mengumumkan 3,393 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 161,005. Di samping itu, jumlah kematian meningkat kepada 1,307 termasuk 40 kematian yang dilaporkan pada Isnin, 22 Jun. Sebanyak 4,045 pesakit pulih daripada jangkitan menjadikan jumlah mereka yang sembuh meningkat kepada 105,175.  Sementara itu Kementerian Kesihatan menggesa penduduk mengelakkan perhimpunan, keramaian, mematuhi penjarakan sosial dan memakai penutup mulut dan hidung. Jurucakap MOH ketika mengingatkan demikian berkata, virus masih wujud dan aktif, pandemik masih ada dan belum ada vaksin

Read More