Tiada jemaah antarabangsa

RIYADH: Musim haji tahun ini diteruskan tetapi terhad kepada jemaah tempatan dari pelbagai negara yang menetap di Arab Saudi.

Kementerian Haji dan Umrah dalam satu kenyataan telah memutuskan musim haji bagi tahun 1441h, akan diteruskan tanpa kehadiran jemaah antarabangsa.

Dalam satu kenyataan, keputusan itu dibuat bagi memastikan ibadat haji dijalankan dengan kaedah selamat berikutan penularan wabak Covid-19.

Kerajaan Arab Saudi mengambil kira faktor keselamatan jemaah dan akan memantau pendekatan pencegahan dan protokol penjarakan sosial.

“Keputusan ini adalah refleksi keinginan pemerintah Arab Saudi untuk melindungi umat Islam dari bahaya pandemik,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun tidak dinyatakan jumlah jemaah yang dibenarkan mengerjakan ibadah itu yang dijadualkan bermula hujung Julai ini.

Related posts

Leave a Comment