Kes di Saudi 161,005

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) Arab Saudi mengumumkan 3,393 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 161,005.

Di samping itu, jumlah kematian meningkat kepada 1,307 termasuk 40 kematian yang dilaporkan pada Isnin, 22 Jun.

Sebanyak 4,045 pesakit pulih daripada jangkitan menjadikan jumlah mereka yang sembuh meningkat kepada 105,175. 

Sementara itu Kementerian Kesihatan menggesa penduduk mengelakkan perhimpunan, keramaian, mematuhi penjarakan sosial dan memakai penutup mulut dan hidung.

Jurucakap MOH ketika mengingatkan demikian berkata, virus masih wujud dan aktif, pandemik masih ada dan belum ada vaksin

Related posts

Leave a Comment