PRU Singapura 10 Julai

PERDANA Menteri Singapura,  Lee Hsien Loong berkata Pilihan Raya Umum mesti diadakan sekarang ketika semuanya dalam keadaan stabil serta memberi peluang pemerintah mandat lima tahun yang baharu .

Katanya, pandemik Covid-19 masih belum pasti pengakhirannya, mungkin sehingga April tahun depan, iaitu tempoh tamat pemerintah sekarang.

“Setelah pilihan raya tersebut, pemerintah baru dapat memberi tumpuan kepada cabaran yang dihadapi Singapura termasuk berkaitan ekonomi, pekerjaan dan pandemik Covid-19 sendiri,” dalam ucapan yang disiarkan di televisyen dan Facebook hari ini , 23 Jun.

Pilihan raya akan berkangsung pada Jumaat, 10 Julai manakala penamaan calon pada 30 Jun.

Sebelum itu, beliau menemui Presiden Halimah Yacob untuk meminta membubarkan Parlimen bagi mengadakan pilihan raya.

Lee menasihati Halimah untuk membubarkan Parlimen dan mengeluarkan Writ Pemilihan agar dapat memberi pemerintah baharu mandat lima tahun penuh dan segar. 

Katanya, keselamatan pengundi menjadi keutamaan pada Hari Mengundi, terutama dalam keadaan dunia masih berada dalam pandemik Covid-19.

“Sebelum memutuskan untuk mengadakan pilihan raya, dua perkara perlu dipastikan, pengundi boleh mengundi secara selamat dan parti politik boleh berkempen secara berkesan.Selepas meneliti isu ini, saya berpuas hati kedua-duanya boleh dilaksanakan,” kata  Lee 

Katanya, Jabatan Pilihan Raya (ELD) akan melaksanakan beberapa langkah berjaga-jaga pada hari tersebut. 

“Kami akan adakan lebih banyak tempat mengundi berbanding pilihan raya lalu untuk mengurangkan kesesakan.Akan ada langkah jarak selamat di tempat mengundi dan pengundi diberikan slot masa tertentu untuk mengundi,” kata nya.

Beliau turut menambah bahawa warga emas akan diberikan keutamaan untuk mengundi berbanding pengundi lain.

Untuk membolehkan calon berkempen dengan berkesan, ELD juga telah mengeluarkan garis panduan yang menitikberatkan penjagaan jarak selamat.

Calon boleh membuat lawatan rumah-ke rumah untuk berkempen sambil menjaga jarak selamat terapi perhimpunan fizikal tidak dibenarkan. 

Di samping itu lebih banyak peluang bagi calon berucap kepada pengundi melalui televisyen selain memanfaatkan wadah dalam talian.

Related posts

Leave a Comment