Kes di Saudi kini 164,144

ARAB Saudi merekodkan 3,139 kes baharu koronavirus Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes 164,144.

Kementerian Kesihatan juga mengumumkan 39 kematian yang membawa jumlah meningkat kepada 1,346.

Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 109,885 apabila 4,710 lagi pesakit dilaporkan pulih.

Sementara itu Jeddah merekodkan 393 kes jangkitan, Dammam 301, Riyadh 299, Makkah 277, Al Qattif 237, Khobar 178, Dhahran 165, Madinah 156, Khamis Mushait 122 dan Taif 117.

Related posts

Leave a Comment