9 juta kes, 470,700 kematian

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia sehingga pukul 8 pagi ini, 23 Jun 2020 mencecah 9 juta kes dengan 470,716 kematian.

Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) mendahului kes jangkitan dan kematian dengan jumlah kumulatif 2,310,334 kes dan 120,384.

Ini diikuti Brazil yang merekodkan 1,104,561 kes dan 51,228 kematian.

Rusia walaupun merekodkan jangkitan kes di tempat ketiga dengan 591,465 tetapi

berada di tangga ke-14 kematian dengan 8,196 kes.

India pula di tempat keempat catatan kes iaitu 425,282 dengan 13,699  kematian sementara United Kingdom (UK) pula merekodkan 306,761 kes di belakang India serta 42,731 kematian, tempat ketiga tertinggi.

Lima lagi negara mencatat angka melebihi 200,000 iaitu Peru, Chile, Sepanyol, Itali, dan Iran sementara Afrika Selatan kini memasuki kumpulan sembilan negara yang merekodkan kes jangkitan melebihi 100,000 iaitu Perancis, Jerman, Turki, Pakistan, Mexico, Arab Saudi, Bangladesh dan Kanada.

Sementara itu Itali berada di kedudukan keempat merekodkan kematian iaitu 34,657 diikuti Perancis 29,666, Sepanyol 28,324 dan Mexico 21,825.

Related posts

Leave a Comment