Kes meningkat di Indonesia

INDONESIA mengumumkan 862 lagi kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan ke 45,891. Jurucakap Kementerian Kesihatan memberitahu, jumlah kematian meningkat kepada 2,466 apabila 36 lagi kematian dilaporkan. Kes terbanyak tercatat di wilayah Jakarta iaitu 142, Sulawesi Selatan 112, Jawa Tengah 99, dan Kalimantan Selatan 94. Pada masa yang sama, sebanyak 521 lagi kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah pulih 18,404.. Sementara itu jumlah orang dalam pemantauan (ODP) sebanyak 56.436 dan pesakit dalam pengawasan (PDP) sebanyak 13.225.  THAILAND merekodkan satu kes jangkitan Covid-19 melibatkan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang baru kembali dari Afrika Selatan bersama…

Read More

Singapura buka 66 masjid

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengumumkan 66 masjid di republik itu  akan menyambung semula solat Jumaat dan berjemaah lima waktu setiap hari mulai 26 Jun, dengan maksimum 50 jemaah setiap sesi di setiap masjid. Dalam laman webnya, MUIS memperuntukkan dua sesi setengah jam setiap Jumaat, dengan selang 30 minit rehat di antara kedua-dua sesi untuk memastikan pengurusan orang ramai yang selamat. Khutbah dan solat akan dipendekkan kepada maksimum 20 minit. MUIS juga memaklumkan ibadah secara bersendirian di luar sesi solat berjemaah boleh diadakan tetapi tertakluk juga kepada had 50…

Read More

13 kes tempatan, 3 import

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan 16 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari, 21 Jun dengan tiga kes import yang melibatkan dua rakyat tempatan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 13 kes penularan tempatan, sembilan kes adalah bukan warganegara manakala selebihnya warga Malaysia. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, jumlah kes kumulatif kini 8,572 kes dengan  kes kematian kekal 121 apabila tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam. Beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia setakat ini adalah 295 kes. Kes jangkitan dalam negara (sembilan kes)…

Read More

Apom lenggang

PAGI ni menyorok apom lenggang atau apam lenggang. Masakan tradisional yang juga popular di utara. Enak di makan begitu sahaja. Apom ini adalah adunan tepung beras, santan, gula, telur yang dikisar. Dulu pernahlah tolong mak kisar. Ada alat dia tu. Kenapa lenggang..sebab apabila dimasukkan adunan ini di tengah kuali kemudian lenggang ikut saiz. Makan panas-panas sedap ni. Rangup. Di utara mudah juga dapat. Ini menyorok di pasar awam Seberang Jaya.

Read More

Brazil 1 juta Rusia 576,000

BRAZIL kini merekodkan 1,032,913 kes jangkitan, menduduki tempat kedua selepas Amerika Syarikat (AS) yang merekodkan 2,250,240 kes. Begitu juga jumlah kematian di tempat kedua yang menunjukkan peningkatan dengan Brazil merekodkan 49,976 sementara AS masih mendahului dengan 119,645. Menurut data Johns Hopkins University, sehingga 8 pagi ini 21 Jun 2020, dunia merekodkan 8.7 juta kes dengan 463,000 kematian. Rusia merekodkan  setengah juta kes dengan 576,162 tetapi masih mengawal kadar kematian dengan 7,992 berbanding negara yang mencatatkan kes tinggi. India pula merekodkan kes jangkitan 395,048 diikuti United Kingdom 304,580. Lima negara mencatat…

Read More

154,233 kes di Arab Saudi

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi merekodkan 3,941 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan  kes terkumpul 154,233 pada Sabtu 20 Jun. Jumlah kematian pula meningkat kepada 1,230 termasuk 46 kematian yang dilaporkan pada Sabtu.. Sebanyak 54,086 kes aktif dilaporkan dengan 1,955 sebagai kritikal. Setakat ini , sebanyak 46 kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah 1,230 kes manakala  kes pulih pula meningkat kepada 98,917 apabila  3,153 lagi kes pulih. Riyadh terus mempunyai kes tertinggi iaitu 740 kes tetapi  menunjukkan sedikit penurunan berbanding 1,092 semalam. Ini diikuti Jeddah 421, Makkah 354, Hafouf 285,…

Read More

Thailand terus catat kes import

THAILAND terus bebas penularan tempatan kes Covid-19 tetapi merekodkan satu kes import melibatkan seorang wanita warganegaranya yang baru kembali dari Bahrain. Ini menjadikan jumlah kes terkumpul setakat ini sebanyak 3,147 kes dengan kematian kekal 58 orang. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sejak 3 April lalu hingga hari ini, sebanyak 210 kes Covid-19  dikesan melibatkan warga Thai yang baru kembali dari luar negara dan menjalani kuarantin 14 hari di fasiliti kerajaan. “Sementara itu, sebanyak 10 lagi pesakit pulih dan dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh 24 jam lepas. Setakat ini, sebanyak 3,018 pesakit…

Read More