13 kes tempatan, 3 import

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan 16 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari, 21 Jun dengan tiga kes import yang melibatkan dua rakyat tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 13 kes penularan tempatan, sembilan kes adalah bukan warganegara manakala selebihnya warga Malaysia.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, jumlah kes kumulatif kini 8,572 kes dengan  kes kematian kekal 121 apabila tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 di Malaysia setakat ini adalah 295 kes.

Kes jangkitan dalam negara (sembilan kes) dalam kalangan bukan warganegara adalah seperti berikut:

• Selangor: Dua kes kontak rapat kepada kes positif COVID19 (kes ke-8,513). Kesemua mereka adalah daripada kluster Syarikat Pembersihan.

• Negeri Sembilan: Enam kes daripada kluster Pedas.

• Sabah: Satu kes daripada saringan tahanan di Pusat Tahanan Sementara Tawau sebelum penghantaran pulang ke Indonesia.

Kes penularan COVID-19 dalam negara dalam kalangan rakyat Malaysia (empat kes) pula adalah seperti berikut:

• Sarawak: Dua kes merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8,535). Kedua-dua mereka adalah daripada kluster Kidurong.

• Melaka: Satu kes daripada saringan orang kena tuduh (OKT) yang baru dimasukkan ke lokap.

• Johor: Satu kes saringan pra pembedahan di hospital.

Related posts

Leave a Comment