Thailand terus catat kes import

THAILAND terus bebas penularan tempatan kes Covid-19 tetapi merekodkan satu kes import melibatkan seorang wanita warganegaranya yang baru kembali dari Bahrain.

Ini menjadikan jumlah kes terkumpul setakat ini sebanyak 3,147 kes dengan kematian kekal 58 orang.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sejak 3 April lalu hingga hari ini, sebanyak 210 kes Covid-19  dikesan melibatkan warga Thai yang baru kembali dari luar negara dan menjalani kuarantin 14 hari di fasiliti kerajaan.

“Sementara itu, sebanyak 10 lagi pesakit pulih dan dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh 24 jam lepas. Setakat ini, sebanyak 3,018 pesakit telah pulih dan didiscaj manakala 71 masih dirawat,” demikian menurut CCSA  dalam kenyataan . 

Bangkok dan Nonthaburi  melaporkan jumlah kes tertinggi pada 1,757 kes, diikuti  wilayah selatan (744), wilayah tengah (440), timur laut (111) dan  utara (95).

SINGAPURA mengesahkan 218 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lepas, dengan hanya dua kes dalam komuniti membabitkan pemegang pas kerja. Ini menjadikan jumlah kes Covid-19 kini ialah 41,833 kes.

Dalam data ringkas tengah hari yang dikeluarkan hari ini, 20 Jun, Kementerian Kesihatan (MOH) memaklumkan bahawa tidak terdapat kes melibatkan rakyat Singapura atau penduduk tetap republik ini. Majoriti kes melibatkan pemegang permit kerja yang ditempatkan di asrama pekerja asing.

Data penuh  lewat Jumaat mengklasifikasi kes di Singapura melibatkan 1,811 sebagai kes komuniti, 581 import dan 39,223 pekerja asing di asrama.

Setakat tengah hari semalam, 33,459 atau kira-kira 83 peratus adalah jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya dan terdapat 212 kes yang disahkan di hospital pada Jumaat, dengan dua dalam keadaan kritikal. Setakat ini, 26 orang meninggal dunia .

JAKARTA merekodkan 1,226 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kes keseluruhan kini 45,029.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 56 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian 2,429 orang.

Sebanyak 13,150 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19,

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 698 kes diikuti provinsi Jakarta (585 kes), Jawa Barat (171), Kalimantan Selatan (155) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

FILIPINA setakat 7 petang hari ini, 20 Jun 2020, melaporkan jumlah kes Covid-19 sebanyak 29,400 yang melibatkan 578 kes terkini dan 365 kes lewat lapor.

Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) juga mengumumkan 272 kes pemulihan. yang membawa jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 7,650.

Sebanyak 20 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 1,150.

Related posts

Leave a Comment