Kes meningkat di Indonesia

INDONESIA mengumumkan 862 lagi kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan ke 45,891.

Jurucakap Kementerian Kesihatan memberitahu, jumlah kematian meningkat kepada 2,466 apabila 36 lagi kematian dilaporkan.

Kes terbanyak tercatat di wilayah Jakarta iaitu 142, Sulawesi Selatan 112, Jawa Tengah 99, dan Kalimantan Selatan 94. Pada masa yang sama, sebanyak 521 lagi kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah pulih 18,404..

Sementara itu jumlah orang dalam pemantauan (ODP) sebanyak 56.436 dan pesakit dalam pengawasan (PDP) sebanyak 13.225. 

THAILAND merekodkan satu kes jangkitan Covid-19 melibatkan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang baru kembali dari Afrika Selatan bersama ibunya pada 15 Jun dan menjalani kuarantin 14 hari.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), budak itu diuji positif manakala ibunya diuji negatif.

Setakat ini, Thailand melaporkan 3,148 kes Covid-19 dengan 58 kematian manakala 3,018 pesakit telah sembuh dan dibenar keluar hospital dan 72 masih menjalani rawatan.

Hari ini adalah hari ke-27 tiada penularan tempatan di Thailand. 

SINGAPURA mengesahkan sejumlah 262 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan sembilan kes dalam komuniti yang membabitkan tiga rakyat atau penduduk tetap republik itu dan enam pemegang pas.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini ialah 42,095 kes dan 26 orang meninggal dunia.

Setakat tengah hari semalam, sejumlah 34,224 atau kira-kira 82 peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit telah pulih dan 185 kes masih dirawat di hospital pada Sabtu dengan seorang berada dalam keadaan kritikal.

FILIPINA setakat pukul 4 petang hari ini, 21 Jun 2020, merekodkan 653 kes menjadikan jumlah keseluruhan 30,052 kes. Kes baharu itu melibatkan 415 kes terkini dan 238 kes lewat dilaporkan.

Menurut Jabatan Kesihatan (DOH), sebanyak 19 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,169 kes.

Sementara itu,  243 lagi kes pulih yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes sembuh 7,893.

Related posts

Leave a Comment