Brazil 1 juta Rusia 576,000

BRAZIL kini merekodkan 1,032,913 kes jangkitan, menduduki tempat kedua selepas Amerika Syarikat (AS) yang merekodkan 2,250,240 kes.

Begitu juga jumlah kematian di tempat kedua yang menunjukkan peningkatan dengan Brazil merekodkan 49,976 sementara AS masih mendahului dengan 119,645.

Menurut data Johns Hopkins University, sehingga 8 pagi ini 21 Jun 2020, dunia merekodkan 8.7 juta kes dengan 463,000 kematian.

Rusia merekodkan  setengah juta kes dengan 576,162 tetapi masih mengawal kadar kematian dengan 7,992 berbanding negara yang mencatatkan kes tinggi.

India pula merekodkan kes jangkitan 395,048 diikuti United Kingdom 304,580.

Lima negara mencatat angka melebihi 200,000 kes iaitu Peru 247,925, Sepanyol 245,938, Itali 238,275, Chile 236,748 dan dan Iran 202,584.

Perancis juga menghampiri 200,000 kes dengan catatan sehingga awal pagi ini, 21 Jun merekodkan 196,724 diikuti Jerman 190,670,

Turki 186,493, Pakistan 171,666, Mexico 170,485, Arab Saudi 154,233, Bangladesh 108,775 dan Kanada 102,762.

Afrika Selatan dan Qatar terus mengatasi negara permulaan wabak itu China apabila masing-masing mencatatkan 92,681 dan 86,488 kes berbanding China 84,525.

Sementara itu United Kingdom menduduki tempat ketiga kematian dengan mencatatkan 42,674 berbanding pagi semalam 42,546 diikuti Itali 34,610, dan Perancis 29,636, Sepanyol 28,322 dan Mexico 20,394.

India pula merekodkan 12,948 berbanding semalam 12,573 manakala Belgium dan Iran menghampiri 10,000 kes dengan catatan 9,696 dan 9,507 sementara Jerman 8,895, Kanada 8,466, Rusia 7,992 dan Peru 7,660.

Related posts

Leave a Comment