Kes di Arab Saudi 123,308

JUMLAH kes harian jangkitan Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan penurunan apabila dalam tempoh 24 jam merekodkan 3,366 kes baharu berbanding catatan sebelumnya sebanyak 3,921 kes. Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, jumlah keseluruhan kes positif setakat ini adalah sebanyak 123,308. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 39 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 932 orang. Di samping itu, kes sembuh meningkat kepada 82,548 kes termasuk 1,519 kes yang dilaporkan pulih hari ini. Sementara itu, 30 peratus kes baharu dilaporkan di Riyadh dengan catatan 1,089 kes diikuti Jeddah 527, Makkah 310, Dammam 227, Madinah…

Read More

Filipina catat 25,392 kes

INDONESIA merekodkan tambahan 1,014 kes positif Covid-19 bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini menjadikan kes keseluruhan 37,420 dengan kematian meningkat kepada 2,091 orang. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, berkata sebanyak 43 kematian dilaporkan dalam tempoh tersebut. Katanya, sebanyak 13,578 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19. Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 589 kes diikuti provinsi Jakarta (548 kes), Jawa Barat (161), Kalimantan Selatan (120) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. SINGAPURA mengesahkan tambahan 347 kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah…

Read More

ADUN Sementa keluar PKR

SIRI wakil rakyat keluar parti belum berakhir. Hari ini, 13 Jun, Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Daroyah Alwi mengumumkan keluar dari parti itu berkuat kuasa serta-merta. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa itu berkata, keputusan itu dibuat selepas hilang keyakinan terhadap pimpinan parti yang diketuai Anwar Ibrahim. Sebelum ini, pada 5 Jun lalu, Ahli Parlimen Lubok Antu, Tambat @Jugah anak Muyang mengumumkan keluar PKR disebabkan masalah dalaman Pakatan Harapan dan kejatuhan kerajaan gabungan itu. Ia menyusul keputusan ADUN Lunas, Azman Nasrudin serta ADUN Sidam, Robert Ling yang…

Read More

43 kes baharu 1 kematian

PUTRAJAYA : Sebanyak 15 kes Covid-19 dalam kalangan rakyat negara ini melibatkan tujuh negeri adalah antara 38 kes penularan tempatan yang dilapor hari ini. Ia melibatkan satu kes di Kuala Lumpur; empat di Selangor; lima di Negeri Sembilan; dua di Melaka; dan masing-masing satu di Pahang, Perak dan Sabah. Ketua Pengarah Kasihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata tujuh daripada 15 kes itu adalah hasil saringan yang dilakukan di pusat-pusat tahfiz. Secara keseluruhan sebanyak 43 kes dilapor hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 8,445 kes. Daripada 43 kes baharu yang dilapor, lima adalah kes import yang…

Read More

Pak Long Mail jadi mangsa

PAK Long Mail juga jadi mangsa berita palsu. Begitulah pendedahan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob semasa sidang media harian hari ini. Berita palsu itu berkaitan kononnya, beliau dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Singapura tidak dialu-alukan ke Malaysia. Berita palsu itu antara lain berkata, warga Singapura tidak perlu ke Malaysia jika sekadar mahu mengisi petrol, mencuci kereta atau makan malam. Sambil menyifatkan laporan itu sebagai berita jahat dan tindakan jahat, Ismail Sabri menjelaskan hakikat sebenarnya, Malaysia belum membuka pintu negara kepada mana-mana warga asing termasuk dari Singapura untuk memasuki…

Read More

Saudi putuskan minggu depan

IBADAH haji tahun ini ‘dibatalkan’ ? Jawapan kepada persoalan ini dijangka diketahui dalam tempoh seminggu ini. Setakat ini, timbul pelbagai persoalan sama ada ibadah haji kali ini secara ‘tertutup’ iaitu tidak terbuka untuk jemaah dari luar Makkah berikutan penularan wabak Covid-19. Media yang memetik laporan Financial Times menyebut, pegawai kanan Kementerian Haji dan Umrah memaklumkan pembatalan ibadah itu sedang dipertimbangjan setelah Arab Saudi mencatatkan lebih 100,000 kes jangkitan. Jika pembatalan itu berlaku, ia dikatakan kali pertama sejak kerajaan Arab Saudi ditubuhkan pada 1932. Menurut laporan, status ibadah itu yang merupakan…

Read More

Brazil atasi kematian di UK

LEBIH 140,000 kes baharu Covid-19 dan 5,000 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam di seluruh dunia menjadikan jumlah kes meningkat kepada 7.58 juta dan lebih 423,000 kematian. Sehingga berita ini ditulis (7.15 pagi waktu Malaysia) angka itu terus meningkat dengan Amerika Syarikat (AS) mendahului jumlah kes dan kematian daripada keseluruhan 7,617,591 kes dan korban 424,587. Menurut data Johns Hopkins University, AS merekodkan lebih dua juta kes iaitu 2,043,656 manakala kematian pula 114,471. Brazil pula terus menunjukkan peningkatan dengan jumlah kumulatif positif 828,810 kes dengan kematian 41,828, mengatasi United Kingdom yang merekodkan…

Read More