Kes di Arab Saudi 123,308

JUMLAH kes harian jangkitan Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan penurunan apabila dalam tempoh 24 jam merekodkan 3,366 kes baharu berbanding catatan sebelumnya sebanyak 3,921 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, jumlah keseluruhan kes positif setakat ini adalah sebanyak 123,308.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 39 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 932 orang.

Di samping itu, kes sembuh meningkat kepada 82,548 kes termasuk 1,519 kes yang dilaporkan pulih hari ini.

Sementara itu, 30 peratus kes baharu dilaporkan di Riyadh dengan catatan 1,089 kes diikuti Jeddah 527, Makkah 310, Dammam 227, Madinah 191, Khobar 163, dan Qattif 114.

Related posts

Leave a Comment