Brazil atasi kematian di UK

LEBIH 140,000 kes baharu Covid-19 dan 5,000 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam di seluruh dunia menjadikan jumlah kes meningkat kepada 7.58 juta dan lebih 423,000 kematian.

Sehingga berita ini ditulis (7.15 pagi waktu Malaysia) angka itu terus meningkat dengan Amerika Syarikat (AS) mendahului jumlah kes dan kematian daripada keseluruhan 7,617,591 kes dan korban 424,587.

Menurut data Johns Hopkins University, AS merekodkan lebih dua juta kes iaitu 2,043,656 manakala kematian pula 114,471.

Brazil pula terus menunjukkan peningkatan dengan jumlah kumulatif positif 828,810 kes dengan kematian 41,828, mengatasi United Kingdom yang merekodkan 41,566 kematian.

Rusia pula menduduki tempat ketiga tertinggi dengan  510,761 kes dengan kematian lebih rebdah berbanding jumlah kes iaitu 6,705 kematian.

Lima lagi negara mempunyai angka melebihi 200,000 kes adalah India 297,535, United Kingdom 294,402, Sepanyol 243,209, Itali 236,305 dan Peru 214,788.

Lapan negara lagi berada dalam kelompok kes jangkitan melebihi 100,000 kes iaitu Perancis 193,220, Jerman 187,226, Iran 182,525, Turki 175,218, Chile 160,846, Mexico 133,974, Pakistan 125,933 dan Arab Saudi 119,942.

Sementara itu, Kanada hampir mencecah 100,000 kes dengan catatan setakat ini 99,550 mengatasi kes di China 84,220.

Statistik korban pula, selain AS, Brazil dan UK yang mencatat kedudukan tiga tempat teratas,Itali merekodkan 34,223 diikuti Perancis 29,377, Sepanyol 27,136, Mexico 15,944, Belgium 9,646, Jerman 8,783 dan Iran 8,659.

Beberapa negara lain yang mengatsi angka korban di China adalah India 8,498, Kanada 8,124, Rusia 6,705, Peru 6,088, Netherlands 6,072, Sweden 4,854 dan Turki 4,778.

China, lokasi bermulanya wabak ini merekodkan 4,638 kematian.

Related posts

Leave a Comment