Makkah catat 286 kes

ARAB Saudi melaporkan 32 lagi kematian akibat jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah korban 611 kes. Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan merekodkan 1,975 kes baharu menjadikan jumlah kes terkumpul sebanyak 93,157. Kes aktif pula sebanyak 23,581 sementara kes kritikal 1,381. Sebanyak 806 kes lagi dilaporkan pulih menjadikan kes sembuh sepenuhnya 68,965, Sementara itu, kes tertinggi dilaporkan di Riyadh iaitu sebanyak 675 kes diikuti Makkah yang mencatatkan 286 kes, Jeddah 259, Madinah 124 dan Hufof 112.

Read More

17 kes Thailand selepas pulang dari Timur Tengah

SINGAPURA mengesahkan 517 lagi kes baharu jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kini 36,922. Kementerian Kesihatan (MOH) memaklumkan data awal menunjukkan kebanyakan kes masih melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama. Setakat ini terdapat 15 kes dalam komunitii yang melibatkan dua warga tempatan atau penduduk tetap negara itu serta 13 pemegang pas kerja. Dalam data lengkap yang dikeluarkan pada Rabu, Singapura mengklasifikasikan 1,696 sebagai kes komuniti, 580 kes import manakala 34,129 sebagai pekerja asing di asrama. Sebanyak 23,582 pesakit atau kira-kira 65 peratus daripada jumlah kumulatif semalam sebanyak 36,405 telah pulih.manakala 334 kes masih dirawat, lima ditempatkan di unit rawatan rapi…

Read More

Abai 14 hari, dijel 2 bulan

SEORANG penyelia tapak binaan dihukum penjara dua bulan dan denda RM5,000 di Mahkamah Majistret Sibu pada Khamis, 4 Jun kerana melanggar syarat 14 hari kuarantin. Majistret Muhammad Faizal Che Saad membuat keputusan itu selepas Jeffery Jambo Dana, 27, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, memperuntukkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM5,000, jika sabit kesalahan. Mengikut fakta kes, pada 25 Mei lalu sekitar pukul 9 pagi, Jeffery telah memuat naik gambarnya sedang makan di…

Read More

Ali Rustam terima watikah TYT YDPN Melaka ketujuh

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka ketujuh kepada Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam di Istana Negara.  Pelantikan bekas Ketua Menteri Melaka itu berkuat kuasa 4 Jun 2020 sehingga tempoh empat tahun bagi menggantikan Tun Dr Mohd Khalil Yaakob yang tamat tempoh perkhidmatan hari ini. Selepas istiadat pengurniaan watikah itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun kepada Mohd Ali.  Istiadat pengurniaan yang berlangsung petang ini turut disaksikan…

Read More

MASJID QARNUL MANAZIL

BAGI jemaah yang berkunjung ke Taif, dan dalam perjalanan pulang ke Makkah bolehlah singgah di Qarnul Manazil atau sekarang lebih dikenali Masjid al-Sayl al-Kabeer, untuk niat mengerjakan umrah. Masjid ini terletak 94 kilometer (km) sebelah timur Makkah, atau sekitar 220 km dari Lapangan Terbang King Abdul Aziz. Di sini letaknya miqat bagi bagi para jemaah haji dan umrah yang datang dari arah timur kota Makkah. Mereka termasuk dari Riyadh, Najd, Taif, Pakistan. Begitu juga bagi jemaah Malaysia dan negara lain yang melawat Taif dan kemudiannya mahu menunaikan umrah perlu niat…

Read More

271 kes bukan warganegara

MENJELANG tarikh akhir Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), negara kembali merekodkan tiga digit kes positif harian Covid-19 apabila dalam tempoh 24 jam yang lalu merekodkan 277 kes baharu. Bagaimanapun 270 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara daripada Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, di mana ini merupakan sampel ulangan bagi Orang Kena Tahan (OKT) yang dikuarantin di depot tahanan ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka telah terdedah kepada kes positif sebelum ini. Manakala satu (1) kes bukan warganegara adalah saringan tapak pembinaan di Pudu. Sementara kes…

Read More

111 diarah berpatah balik

SETAKAT Rabu, 3 Jun 2020, pemeriksaan kenderaan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan peningkatan kepada 290,432 berbanding 267,373 kenderaan pada hari sebelumnya. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, pemeriksaan tersebut hasil daripada 140 sekatan jalan raya rentas negeri di seluruh negara dalam tempoh 24 jam. Antara negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri yang tertinggi katanya adalah Kedah dengan 66 kes diikuti Selangor (25 kes) dan Melaka (14 kes). Pasukan keselamatan juga telah mengarahkan 111 kenderaan untuk berpatah balik ketika cuba merentas negeri tanpa kebenaran. Dalam perkembangan sama, Ismail…

Read More

Solat Jumaat minggu kedua

MASJID, surau dan balai ibadat di seluruh Brunei Darussalam akan dibuka lebih awal, Jumaat, 5 Jun ini iaitu pukul 11.30 pagi dan akan ditutup sebaik sahaja khutbah selesai dibacakan juga sebelum bilal melaungkan Iqamat bagi imam dan jemaah memulakan Sembahyang Fardu Jumaat.  Selain itu, lebih banyak pintu pagar masuk ke kawasan dan pintu masjid, surau dan balai ibadat akan dibuka mengikut kesesuaian bagi keselesaan dan kelancaran jemaah masuk dengan menambah bilangan petugas untuk mengimbas Kod QR dan memeriksa suhu badan.  Menteri Hal Ehwal Ugama, Awang Badaruddin Awang Othman memaklumkan perkara…

Read More

Brunei buka semula sekolah, 22,000 kembali ke kelas 2 Jun

LEBIH 22,000 pelajar di seluruh Brunei Darussalam kembali menyambung sesi persekolahan masing-masing mulai Selasa, 2 Jun lalu selepas ditutup sejak 11 Mac akibat wabak Covid-19. Ia melibatkan sekolah rendah, menengah, pusat tingkatan enam, vokasional dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) di bawah Kementerian Pendidikan, termasuk sekolah di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama, juga sekolah swasta. Sementara bagi sekolah-sekolah antarabangsa, ia tertakluk kepada suatu tarikh yang ditetapkan oleh institusi masing-masing. Para pelajar memulakan pembelajaran mereka secara fizikal di bilik-bilik darjah setelah membuat pembelajaran di rumah secara dalam talian. Sesi persekolahan secara…

Read More