MASJID QARNUL MANAZIL

BAGI jemaah yang berkunjung ke Taif, dan dalam perjalanan pulang ke Makkah bolehlah singgah di Qarnul Manazil atau sekarang lebih dikenali Masjid al-Sayl al-Kabeer, untuk niat mengerjakan umrah.

Masjid ini terletak 94 kilometer (km) sebelah timur Makkah, atau sekitar 220 km dari Lapangan Terbang King Abdul Aziz.

Di sini letaknya miqat bagi bagi para jemaah haji dan umrah yang datang dari arah timur kota Makkah. Mereka termasuk dari Riyadh, Najd, Taif, Pakistan. Begitu juga bagi jemaah Malaysia dan negara lain yang melawat Taif dan kemudiannya mahu menunaikan umrah perlu niat di sini.

Masjid ini dibina pada tahun 1982. Kawasan masjid seluas 2,600 m persegi mampu menampung kira-kira 3,000 jemaah pada satu-satu masa.

(Foto 22 Disember 2019)

Related posts

Leave a Comment