17 kes Thailand selepas pulang dari Timur Tengah

SINGAPURA mengesahkan 517 lagi kes baharu jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kini 36,922.

Kementerian Kesihatan (MOH) memaklumkan data awal menunjukkan kebanyakan kes masih melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Setakat ini terdapat 15 kes dalam komunitii yang melibatkan dua warga tempatan atau penduduk tetap negara itu serta 13 pemegang pas kerja.

Dalam data lengkap yang dikeluarkan pada Rabu, Singapura mengklasifikasikan 1,696 sebagai kes komuniti, 580 kes import manakala 34,129 sebagai pekerja asing di asrama.

Sebanyak 23,582 pesakit atau kira-kira 65 peratus daripada jumlah kumulatif semalam sebanyak 36,405 telah pulih.manakala 334 kes masih dirawat, lima ditempatkan di unit rawatan rapi dan 24 meninggal dunia.

FILIPINA merekodkan 634 kes jangkitan Covid-19 setakat pukul 4 petang 4 Jun menjadikan jumlah kes terkumpul 20,382. Kes hari ini melibatkan 313 kes terkini dan 321 kes lewat.

Jabatan Kesihatan memaklumkan kes baharu adalah berdasarkan laporan pencapaian harian yang diserahkan oleh 34 daripada 42 makmal operasi semasa.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 10 kematian dilaporkan menjadikan 984 kes sementara 95 kes sembuh menjadikan jumlah pulih 4,248.

INDONESIA merekodkan 585 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kes

meningkat kepada 28,818, dengan kematian kini berjumlah 1,721 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 23 lagi kematian dicatatkan.

Seramai 13,416 pesakit masih dalam pemantauan sementara 486 pesakit telah sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh kini berjumlah 8,892 orang.

THAILAND merekodkan 17 kes baharu Covid-19, melibatkan warganegara yang kembali dari Timur Tengah pada Mei lalu menjadikan keseluruhan kes adalah 3,101.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata, jumlah kematian kekal 58 setelah tiada kes baharu dilaporkan.

Sebanyak 13 daripada pesakit itu kembali dari Kuwait iaitu 12 lelaki berumur 31 hingga 56 tahun dan wanita berusia 44 tahun. Mereka dikesan selepas ujian kedua.

Dua kes lagi melibatkan mereka yang pulang dari Qatar, lelaki 24 tahun dan wanita, 29 sementara dua lagi pulang dari Arab Saudi, berusia 28 dan 29 tahun.

Sejak 3 April sebanyak 31,855 rakyat yang kembali dari luar negara dikuarantin di fasiliti negeri di seluruh negara dan 164 daripadanya diuji positif Covid-19,. 

Setakat ini, 2,968 pesakit sembuh manakala 75 masih lagi menerima rawatan. 

Related posts

Leave a Comment