Makkah catat 286 kes

ARAB Saudi melaporkan 32 lagi kematian akibat jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah korban 611 kes.

Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan merekodkan 1,975 kes baharu menjadikan jumlah kes terkumpul sebanyak 93,157.

Kes aktif pula sebanyak 23,581 sementara kes kritikal 1,381. Sebanyak 806 kes lagi dilaporkan pulih menjadikan kes sembuh sepenuhnya 68,965,

Sementara itu, kes tertinggi dilaporkan di Riyadh iaitu sebanyak 675 kes diikuti Makkah yang mencatatkan 286 kes, Jeddah 259, Madinah 124 dan Hufof 112.

Related posts

Leave a Comment