29 Mei Hari Wartawan Nasional

SAYA bukan lagi wartawan. Maka saya tidak pasti adakah hari ini ada sambutan Hari Wartawan Nasional. Cuma yang saya masih ingat pada 11 April 2018, berlangsung Wacana Hari Wartawan di MATRADE. Wacana dihadiri oleh penggiat media yang mewakili pelbagai media cetak dan elektronik. Hasil wacana itu, termeterai satu deklarasi, antaranya meraikan Hari Wartawan Nasional (HAWANA). Pada sebelah petang, dalam Majlis Pelancaran Hari Wartawan Nasional, Perdana Menteri, Najib Tun Razak dalam ucapannya berkata : Kerajaan telah menerima cadangan proklamasi supaya Hari Wartawan Nasional disambut pada 29 Mei setiap tahun sempena penerbitan…

Read More

Catatan 29 Mei

UTUSAN MELAYU DALAM KENANGAN (D’UTUSAN selak-selak.com) IMBASAN : Tahun 2019, ketika menyambut ulang tahun ke-80, Utusan Melayu masih ada walaupun yang tinggal hanyalah nama syarikat. Hari ini 81 tahun Utusan Melayu (kelahiran akhbar jawi) syarikat pun sudah gulung tikar. Setakat ini tiada apa lagi nak cerita, kecuali berkongsi semula catatan tahun lepas semasa saya di Madinah. Meraikan 80 Tahun ‘Utusan Melayu’ yang sudah tiada Selamat ulang tahun yang ke-80. Pada hari ini, Isnin 29 Mei 1939, lahirlah akhbar Utusan Melayu, terbitan Utusan Melayu Press Limited yang ditubuhkan pada 18 Jun…

Read More

5.76 juta kes positif Covid-19

KES positif Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.76 juta manakala lebih 358,000 pula meninggal dunia, demikian menurut data Johns Hopkins University. Dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan 110,000 kes sementara kematian pula menyaksikan peningkatan 5,000 kes. Amerika Syarikat (AS) masih merekodkan jumlah tertinggi iaitu  1.71 juta kes dengan kematian 101,470 kes. Sementara itu Brazil mencatatkan 411,821 kes diikuti Rusia 379,051, United Kingdom (UK) 270,507, Sepanyol 237,906, dan Itali 231,732. Enam negara lagi merekodkan lebih 100,000 kes iaitu Perancis 186,364, Jerman 182,196, India 165,386, Turki 160,979, Iran 143,849 dan Peru 135,905 kes. Di…

Read More

Hampir 70 % kes pulih di Saudi

JUMLAH kes positif Covid-19 di Arab Saudi kini mencecah 80,185 kes dengan pertambahan 1,644 kes baharu dalam tempoh 24 jam. Kementerian Kesihatan dalam kenyataan memberitahu sebanyak 16 kematian dilaporkan menjadikan 441 kes. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 3,531 lagi pesakit pulih menjadikan 54,553 kes, iaitu hampir 70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Bagi kes baharu ini, 611 direkodkan di Riyadh, diikuti Jeddah 360, Makkah 148 dan Dammam 101. Terdahulu, awal hari ini, kementerian mengeluarkan kenyataan yang meminta orang untuk supaya mematuhi peraturan ditetapkan serta tidak leka kerana wabak itu masih…

Read More

Thailand catat 11 kes kuarantin

INDONESIA dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari ini merekodkan 687 kes positif Covid-19 serta 23 lagi kematian menjadikan keseluruhan kes 24,000 dan kematian meningkat kepada 1,496 orang. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 Achmad Yurianto, berkata, seramai 13,250 pesakit masih dalam pemantauan. Setakat ini, provinsi Jakarta merekodkan kematian tertinggi iaitu 509 kes, diikuti Jawa Timur (334 kes) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain. Sementara itu, sebanyak 6,364 kenderaan dari wilayah lain diarahkan berpatah balik dan tidak dibenarkan memasuki Jakarta kerana tidak memiliki Surat Izin Keluar-Masuk daripada polis. FILIPINA sehingga pukul 4 petang…

Read More

Lima MP Bersatu dipecat

BEKAS Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang juga Ahli Paelimen Langkawi dipecat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa serta merta. Turut dipecat empat ahli Parlimen Bersatu iaitu Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar). Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi surat kepada kelima-lima ahli Parlimen itu pada Rabu. Muhammad Suhaimi berkata ,keputusan itu dibuat kerana kelima-lima ahli parlimen itu enggan duduk di blok kerajaan ketika sidang Parlimen pada 18 Mei lalu. “Dalam…

Read More

Kes dan kematian meningkat

JUMLAH kes positif Covid-19 dan kematian di seluruh dunia setakat 6 pagi ini meningkat kepada 5.6 juta kes dan 353,414 kematian berbanding tempoh 24 jam semalam iaitu 5.55 juta kes dan 348,447 kematian. Menurut statistik Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) masih mendahului dengan 1,695,776 berbanding 1,679,419 kes pagi semalam dan 100,047 kematian berbanding 98,852 . Brazil dan Rusia juga mengekalkan kedudukan kedua dan ketiga kes tertinggi iaitu 391,222 dan 370,680 kes diikuti United Kingdom 268,616, Sepanyol 236,259 dan Itali 231,139. Enam negara yang merekodkan angka jangkitan melepasi 100,000 kes adalah Perancis 183,038,…

Read More