Hampir 70 % kes pulih di Saudi

JUMLAH kes positif Covid-19 di Arab Saudi kini mencecah 80,185 kes dengan pertambahan 1,644 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan memberitahu sebanyak 16 kematian dilaporkan menjadikan 441 kes.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 3,531 lagi pesakit pulih menjadikan 54,553 kes, iaitu hampir 70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Bagi kes baharu ini, 611 direkodkan di Riyadh, diikuti Jeddah 360, Makkah 148 dan Dammam 101.

Terdahulu, awal hari ini, kementerian mengeluarkan kenyataan yang meminta orang untuk supaya mematuhi peraturan ditetapkan serta tidak leka kerana wabak itu masih berterusan.

“Kami tidak ingin kehilangan sesiapa pun, jangan menjangkiti diri sendiri, ibu bapa dan anak-anak anda dengan virus disebabkan kelalaian. Kami di barisan hadapan , melindungi nyawa yang berharga, dan kita harus melaksanakan tanggungjawab nasional dengan mematuhi tingkah laku yang sihat. ” kata kenyataan itu.

Related posts

Leave a Comment