Pengisytiharan ‘perang politik cukup berani’

KUALA LUMPUR 12 Sept . – Ucapan dasar Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 semalam disifatkan sebagai pengisytiharan perang politik yang cukup berani.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, jika 25 tahun lalu Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York menjadi lokasi serangan fizikal tetapi semalam WTC Kuala Lumpur menjadi pentas kepada satu serangan politik.

Katanya, paling menarik, tanpa segan silu Zahid menyebut, ‘Cukuplah guru, berhentilah…’. yang tidak perlu terlalu berselindung untuk membaca kepada siapa sindiran itu ditujukan.

“”Saya mendengar ucapan ini sebagai satu pengisytiharan perang politik yang sangat berani daripada Presiden UMNO.

Kepada siapa perang ini diisytiharkan? Itulah perkara yang menarik untuk disaksikan bermula dari sekarang, walaupun semua orang sudah boleh agak ,” katanya dalam satu hantaran selepas menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2026 di sini semalam.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, Zahid menggagaskan konsep Tafahum Siyasi, iaitu persefahaman politik sebagai pendekatan dalam menentukan hala tuju politik UMNO.

Beliau berkata,  Zahid juga memberi mesej politik yang sangat jelas bahawa penyatuan politik Melayu sepatutnya melibatkan UMNO dan Pas tanpa campur tangan pihak ketiga.

Fadhli berkata penekanan Zahid terhadap Tafahum Siyasi atau persefahaman politik memberi isyarat kepada bentuk kerjasama berasaskan kepentingan bersama, sambil membenarkan setiap parti mengekalkan identiti masing-masing.

Ucapan Zahid juga menurut Fadhli jelas dan terang menyindir Kerajaan PH apabila menyebut bahawa ‘kita bukan kerajaan yang berjanji hari ini menang, esok semua masalah selesai’.

Fadhli berkata cadangan agenda “Malaysia Biru” pula kelihatan melangkaui politik pilihan raya dengan menggariskan visi nasional jangka panjang menuju ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-100 pada 2057.

Beliau berkata agenda itu, bersama cadangan politik yang dibentangkan dalam ucapan berkenaan, menunjukkan UMNO mahu menentukan hala tuju yang lebih luas bagi negara dan landskap politiknya.

Fadhli turut menarik perhatian kepada kritikan Zahid terhadap komitmen politik yang mungkir, terutamanya rujukan beliau kepada Kerajaan Perpaduan Nasional tetapi akhirnya yang diwujudkan ialah Kerajaan Madani.

Nnn

Related posts

Leave a Comment