5.76 juta kes positif Covid-19

KES positif Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.76 juta manakala lebih 358,000 pula meninggal dunia, demikian menurut data Johns Hopkins University.

Dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan 110,000 kes sementara kematian pula menyaksikan peningkatan 5,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) masih merekodkan jumlah tertinggi iaitu  1.71 juta kes dengan kematian 101,470 kes.

Sementara itu Brazil mencatatkan 411,821 kes diikuti Rusia 379,051, United Kingdom (UK) 270,507, Sepanyol 237,906, dan Itali 231,732.

Enam negara lagi merekodkan lebih 100,000 kes iaitu Perancis 186,364, Jerman 182,196, India 165,386, Turki 160,979, Iran 143,849 dan Peru 135,905 kes.

Di samping itu, empat buah negara lagi merekodkan lebih 80,000 kes iaitu Kanada 89,939, Chile 86,943, China 84,106 dan Arab Saudi 80,185.

Mengenai angka korban, UK merekodkan 37,919 kes diikuti Itali 33,142,  Perancis 28,665,  Sepanyol 27,119 dan Brazil 25,598,

Sementara itu, sebanyak 2.38 juta pesakit sembuh di seluruh dunia dan dibenarkan discaj.

Related posts

Leave a Comment