Kes dan kematian meningkat

JUMLAH kes positif Covid-19 dan kematian di seluruh dunia setakat 6 pagi ini meningkat kepada 5.6 juta kes dan 353,414 kematian berbanding tempoh 24 jam semalam iaitu 5.55 juta kes dan 348,447 kematian.

Menurut statistik Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) masih mendahului dengan 1,695,776 berbanding 1,679,419 kes pagi semalam dan 100,047 kematian berbanding 98,852 .

Brazil dan Rusia juga mengekalkan kedudukan kedua dan ketiga kes tertinggi iaitu 391,222 dan 370,680 kes diikuti United Kingdom 268,616, Sepanyol 236,259 dan Itali 231,139.

Enam negara yang merekodkan angka jangkitan melepasi 100,000 kes adalah Perancis 183,038, Jerman 181,524, Turki 159,797 dan India 158,086, Iran 141,591 dan Peru 129,751.

Sementara itu, Kanada, China dan Chile merekodkan lebih 80,000 kes, iaitu masing-masing 88,910, 84,104 dan 82,289. Arab Saudi pula merekodkan 78,541 kes dan Mexico 74,560.

Mengenai kes kematian, United Kingdom mencatatkan 37,542 berbanding semalam 37,130 kes manakala Itali 33,072 (32,955), Perancis 28,599 (28,533), Sepanyol 27,117 (27,117) dan Brazil 24,512 (23,473).

Related posts

Leave a Comment