INDONESIA terus mencatat pertambahan kes positif Covid-19 apabila merekodkan 557 kes baharu menjadikan 25,773 kes, dengan kematian kini 1,573 orang. Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 53 lagi kes meninggal dunia. Ketika ini, seramai 12,832 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.. Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 516 kes, diikuti Jawa Timur (372 kes), Jawa Barat (144) dan selebihnya di wilayah lain. FILIPINA hari ini merekodkan 590 kes menjadikan jumlah keseluruhan 17,224 kes, demikian lapor Jabatan Kesihatan hari…
Read MoreMonth: May 2020
30 kes positif baharu
Al-Aqsa dibuka 8 Syawal
MASJID Al-Aqsa yang ditutup selama lebih dua bulan mulai 15 Mac lalu akibat wabak Covid-19 akan dibuka semula pada hari Ahad ini. Beberapa media melaporkan pembukaan semula masjid itu berikutan penurunan kes serta persediaan yang diambil oleh pihak berkuasa. Beberapa langkah pencegahan bagi mengekang penularan wabak akan dibuat apabila masjid itu dibuka semula untuk solat Subuh. Orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi peraturan yang dikenakan oleh Kementerian Kesihatan Palestin bagi memasuki masjid. Pengawal keselamatan juga diarah untuk mengambil pelbagai langkah termasuk mengelakkan kesesakan di pintu masuk Kompleks Al-Aqsa.
Read More29 Mei dan Hari Wartawan
HARI ini saya menyelak media mengenai sama ada terdapat ucapan terutama pemimpin pelbagai peringkat berkaitan Hari Wartawan Nasional (Hawana). Biasanya sempena hari-hari seumpama itu, akan ada mesej oleh pelbagai pihak sama ada sebagai penghargaan atau peringatan. Semalam melalui facebook, sebagai bekas wartawan, saya ragu-ragu untuk meraikan Hawana. Saya tidak pasti sama ada pengiktirafan itu masih terpakai atau sah. Kadang-kadang disebabkan politik, sesuatu itu boleh berubah mengikut kehendak sesebuah kerajaan atau pemerintah. Hawana diiktiraf oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2018 (sebelum Pilihan Raya Umum ke-14). Mungkin disebabkan kesibukan peralihan kerajaan…
Read MoreMasjid Nabawi dibuka Ahad
RIYADH: Arab Saudi pada Jumaat memutuskan untuk membuka semula Masjid Nabawi di Madinah kepada orang ramai secara berperingkat, bermula esok Ahad, 31 Mei bersamaan 8 Syawal. Jemaah akan dibenarkan memasuki masjid mulai Subuh dengan langkah berjaga jaga termasuk mengehadkan bilangan jemaah – hingga 40 peratus yang mampu ditampung masjid – pada satu-satu masa. Menteri bagi Ehwal Agama Abdullatif bin Abdulaziz Al-Sheikh mengumumkan semalam bahawa semua masjid kerajaan itu kini bersedia menyambut jemaah selepas beliau pergi meninjau persiapan yang diperlukan. “Sepanjang pemeriksaan yang telah dilakukan, kami mendapati masjid sudah pun selesai…
Read MoreKes jangkitan hampiri 6 juta
JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini menghampiri 6 juta manakala kematian pula mencecah 364,000 kes. Menurut data dari Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan 120,000 kes dan 5,000 kematian. Amerika Syarikat (AS) masih mendahului dengan jumlah kumulatif kes 1.71 juta dan kematian 102,709. Kes jangkitan kedua tertinggi dicatatkan di Brazil dengan 465,166 diikuti Rusia 387,623, United Kingdom (UK) 272,607, Sepanyol 238,564 dan Itali 232,248. Enam negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 iaitu Perancis, 186,923, Jerman 182,922, India 173,491, Turki 162,120, Iran 146,668 dan Peru 141,779. Sementara itu,…
Read MoreMedia Hari Ini 30.05.2020
25,216 kes di Indonesia
KES positif Covid-19 di INDONESIA meningkat kepada 25,216 kes dengan jumlah kematian 1,520 orang. Dalam tempoh 24 jam sejak 12 tengah hari semalam, sebanyak 678 tambahan kes positif baharu, manakala 24 lagi kematian dilaporkan. Ketika ini seramai 12,499 pesakit masih dalam pemantauan. Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah keseluruhan kematian tertinggi setakat ini iaitu 509 kes tetapi telah mencatatkan kematian sifar sejak beberapa hari lepas. SINGAPURA dalam laporan awalnya mengesahkan 611 kes baharu dengan hanya tiga kes melibatkan rakyat Singapura atau pemastautin tetap, menjadikan jumlah mereka yang terkena jangkitan kepada 33,860. Kementerian Kesihatan Singapura…
Read MorePenurunan kes di Saudi
ARAB Saudi terus mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 apabila jumlah yang direkodkan hari ini adalah 1,581 lebih rendah berbanding hari-hari sebelumnya. Jumlah keseluruhan kes kini 81,766 sementara kes pulih dalam tempoh 24 jam lalu adalah 2,460 menjadikan 57,013. Sebanyak 17 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes 458 sementara kes aktif 24,295. Riyadh terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 483 kes diikuti Jeddah 251, Makkah 189, Dammam 124 dan Hufof 107.
Read More103 kes baharu
PUTRAJAYA: Jumlah kes positif Covid-19 meningkat kepada 7,732 kes berikutan 103 kes baharu yang dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 103 kes baharu, tujuh kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. “Daripada 96 kes penularan tempatan, 84 kes adalah kes bukan warganegara Malaysia di mana 53 kes dikesan daripada Kluster Pedas dan 24 kes daripada Kluster Syarikat Pembersihan. “Oleh itu, kes penularan tempatan dalam kalangan warnanegara Malaysia adalah 12 kes sahaja,” katanya. Tiada kes kematian dalam tempoh yang sama…
Read More