Al-Aqsa dibuka 8 Syawal

MASJID Al-Aqsa yang ditutup selama lebih dua bulan mulai 15 Mac lalu akibat wabak Covid-19 akan dibuka semula pada hari Ahad ini.

Beberapa media melaporkan pembukaan semula masjid itu berikutan penurunan kes serta persediaan yang diambil oleh pihak berkuasa.

Beberapa langkah pencegahan bagi mengekang penularan wabak akan dibuat apabila masjid itu dibuka semula untuk solat Subuh.

Orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi peraturan yang dikenakan oleh Kementerian Kesihatan Palestin bagi memasuki masjid.

Pengawal keselamatan juga diarah untuk mengambil pelbagai langkah termasuk mengelakkan kesesakan di pintu masuk Kompleks Al-Aqsa.

Related posts

Leave a Comment