JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini menghampiri 6 juta manakala kematian pula mencecah 364,000 kes.
Menurut data dari Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam, terdapat pertambahan 120,000 kes dan 5,000 kematian.
Amerika Syarikat (AS) masih mendahului dengan jumlah kumulatif kes 1.71 juta dan kematian 102,709.
Kes jangkitan kedua tertinggi dicatatkan di Brazil dengan 465,166 diikuti Rusia 387,623, United Kingdom (UK) 272,607, Sepanyol 238,564 dan Itali 232,248.
Enam negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 iaitu Perancis, 186,923, Jerman 182,922, India 173,491, Turki 162,120, Iran 146,668 dan Peru 141,779.
Sementara itu, Kanada merekodkan 90,881 kes diikuti Chile 90,638 dan China 84,119 sementara Arab Saudi 81,766.
Sementara itu United Kingdom (UK) merekodkan 38,243 kematian diikuti Itali 33,229, Perancis 28,717, Perancis 28,717, Brazil 27,878 dan Sepanyol 27,121.