103 kes baharu

PUTRAJAYA: Jumlah kes positif Covid-19 meningkat kepada 7,732 kes berikutan 103 kes baharu yang dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 103 kes baharu, tujuh kes merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 96 kes penularan tempatan, 84 kes adalah kes bukan warganegara Malaysia di mana 53 kes dikesan daripada Kluster Pedas dan 24 kes daripada Kluster Syarikat Pembersihan.

“Oleh itu, kes penularan tempatan dalam kalangan warnanegara Malaysia adalah 12 kes sahaja,” katanya.

Tiada kes kematian dalam tempoh yang sama sekaligus menjadikan jumlah kematian kekal 115 kes.

Related posts

Leave a Comment