25,216 kes di Indonesia

KES positif Covid-19 di INDONESIA meningkat kepada 25,216 kes dengan jumlah kematian 1,520 orang.

Dalam tempoh 24 jam sejak 12 tengah hari semalam, sebanyak 678 tambahan kes positif baharu, manakala 24 lagi kematian dilaporkan.

Ketika ini seramai 12,499 pesakit masih dalam pemantauan.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah keseluruhan kematian tertinggi setakat ini iaitu 509 kes tetapi  telah mencatatkan kematian sifar sejak beberapa hari lepas.

SINGAPURA dalam laporan awalnya mengesahkan 611 kes baharu dengan hanya tiga kes melibatkan rakyat Singapura atau pemastautin tetap, menjadikan jumlah mereka yang terkena jangkitan kepada 33,860.

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyataan berkata, majoriti dijangkiti adalah pekerja asing yang tinggal di asrama. 

Setakat ini 18,294 sudah pulih sepenuhnya atau kira-kira 55 peratus daripada 33,249 jumlah keseluruhan kes pada Khamis.

Sebanyak 510 kes masih berada di hospital dengan tujuh daripada mereka dalam unit rawatan rapi sementara 23 meninggal dunia.

THAILAND melaporkan 11 kes baharu Covid-19, tanpa kematian baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kes 3,076 dan kematian sebanyak 57 kes.

Semua kes baharu itu,melibatkan warganegara Thailand yang kembali dari Kuwait dan mereka menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di sebuah kemudahan yang disediakan kerajaan.

JUMLAH kes positif Covid-19 di FILIPINA kini mencecah kepada 16,634 termasuk 1.046 kes yang dilaporkan hari ini.

Jabatan Kesihatan Filipina juga mengesahkan 122 kes pulih hari ini menjadikan kes sembuh 3,720.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 942 berikutan pertambahan 21 kes lagi hari ini.

BRUNEI DARUSSALAM tidak merekodkan sebarang kes baharu dan jumlah kes kekal 141 dengan dua kematian.

Kementerian Kesihatan juga memaklumkan 138 kes sembuh manakala satu lagi sedang menerima rawatan di Pusat Pengasingan Kebangsaan.

Related posts

Leave a Comment