RIYADH: Arab Saudi pada Jumaat memutuskan untuk membuka semula Masjid Nabawi di Madinah kepada orang ramai secara berperingkat, bermula esok Ahad, 31 Mei bersamaan 8 Syawal.
Jemaah akan dibenarkan memasuki masjid mulai Subuh dengan langkah berjaga jaga termasuk mengehadkan bilangan jemaah – hingga 40 peratus yang mampu ditampung masjid – pada satu-satu masa.
Menteri bagi Ehwal Agama Abdullatif bin Abdulaziz Al-Sheikh mengumumkan semalam bahawa semua masjid kerajaan itu kini bersedia menyambut jemaah selepas beliau pergi meninjau persiapan yang diperlukan.
“Sepanjang pemeriksaan yang telah dilakukan, kami mendapati masjid sudah pun selesai membuat persiapan dan kini berada dalam keadaan baik,” ujarnya.
Tiada permaidani yang dibentangkan seperti biasa di dalam masjid manakala ada pintu-pintu yang ditetapkan untuk jemaah lelaki dan wanita memasuki masjid.
Beberapa peraturan yang ditetapkan adalah memakai penutup hidung dan mulut: kanak-kanak tidak benarkan, menjaga jarak antara jemaah, bekalan air zam zam tidak dibenarkan, tiada majlis berbuka puasa dan tiada kunjungan ke Rawdah.