2,593 kes baharu di Arab Saudi

ARAB Saudi mengesahkan 2,593 kes baharu koronavirus menjadikan jumlah kes meningkat kepada 57,345. Jurucakap Kementerian Kesihatan berkata, lapan kematian lagi dilaporkan menjadikan kes kematian 320 orang. Daripada 2,593 kes baharu, 75 peratus melibatkan kaum lelaki manakala 44 peratus kes melibatkan warganegara tempatan. Sebanyak 3,026 kes dilaporkan sembuh menjadikan kes pulih 28,748. Mengenai lokasi kes, Riyadh mendahului dengan 642 kes diikuti Makkah 510, Jeddah 305, Madinah 245, Dammam 174 dan Khobar 133. Sementara itu, Kementerian Kesihatan Arab Saudi merancang untuk menjalankan 36,000 ujian harian Covid-19 berbanding ketika ini antara 15,000 hingga…

Read More

Jumlah kes Indonesia 18,010

KES positif Covid-19 di INDONESIA meningkat kepada 18,010 dengan jumlah kematian pula mencecah  1,191 orang. Sebanyak 496 lagi kes positif baharu dan 43 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 463 kes, diikuti Jawa Timur (209 kes), Jawa Barat (123) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. Di THAILAND, tiga kes baharu dilaporkan yang turut melibatkan seorang lelaki berusia 55 tahun dan wanita, 29 tahun yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang disahkan sebelum ini di tempat kerja di wilayah Nonthaburi, Bangkok. Satu lagi kes melibatkan seorang…

Read More

47 kes baharu, 44 pulih

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 47 lagi kes positif baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah itu, 21 merupakan kes import manakala 26 kes melibatkan penularan tempatan. Selain itu, terdapat 44 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya ialah sebanyak 5,615 kes atau 80.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Sehingga 18 Mei 2020, jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,941 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,213 kes.

Read More

Catatan 25 Ramadan 1433

RAMADAN 1441 TIDAK SEPERTI TAHUN TAHUN LALU MELIHAT suasana lengang di sekitar Masjidilharam, pada sepuluh malam terakhir, teringat tarikh 25 Ramadan semasa di sana pada tahun 2012. Ramadan 1433. Waktu itu, lautan manusia di segenap pelusuk kawasan Masjidilharam. Begitu jugalah tahun-tahun sebelum dan selepas itu pada setiap kali Ramadan. Namun hari ini, Ramadan yang hanya berbaki beberapa hari lagi, kawasan Masjidilharam terus sepi. Jemaah yang terhad dibenarkan memasuki Masjidilharam untuk solat waktu, tarawih, witir dan tahajud. Tidak lagi kelihatan manusia berpusu-pusu bergerak pantas mengatur langkah menuju masjid, lebih-lebih lagi waktu…

Read More

PM baharu dilantik selepas Dr. Mahathir letak jawatan

KUALA LUMPUR 18 Mei – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menjelaskan tanggungjawab baginda melantik seorang Perdana Menteri seperti dikehendaki Perlembagaan Persekutuan selepas Dr. Mahathir Mohammad meletak jawatan. Titah Seri Paduka, pada 24 Februari yang lalu, apabila Perdana Menteri meletak jawatan, baginda menerima menghadap Dr. Mahathir dan meminta beliau supaya tidak berbuat demikian tetapi Perdana Menteri ketujuh itu tetap dengan keputusannya. “Oleh yang demikian, beta bertanggungjawab untuk melantik seorang perdana menteri yang baharu. Perkara 43 memberi kuasa budi-bicara kepada beta untuk melantik seorang ahli Dewan…

Read More

Terima kasih barisan hadapan

SUMBANGAN barisan hadapan negara dalam memerangi wabak Covid-19 mendapat pengiktirafan negara oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan semua Ahli Parlimen serta Senator. Seri Paduka ketika bertitah mengajak semua yang menghadiri Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat, bangun berdiri dan memberi tepukan gemuruh, sebagai simbolik penghargaan. Menurut Seri Paduka, dalam saat getir yang dihadapi ini, petugas barisan hadapan negara terutamanya yang berada dalam perkhidmatan kesihatan; tentera, polis, bomba, imigresen, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan lain-lain agensi…

Read More

4.7 juta kes di dunia

AMERIKA Syarikat (AS) terus mencatatkan kes dan kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam lalu, ketika dunia merekodkan lebih 4.7 juta jumlah kes positif Covid-19 dan lebih 314,000 meninggal dunia. Menurut data Johns Hopkins University, AS merekodkan 1.46 juta kes manakala kematian hampir mencecah 90,000. Lima negara lain yang mempunyai kes positif melebihi 200,000 iaitu Rusia, United Kingdom, Sepanyol dan Itali sementara Perancis, Jerman, Turki dan Iran merekodkan angka jangkitan melepasi 100,000. Sementara itu, India dan Peru merekodkan angka jangkitan melepasi China dengan masing-masing merekodkan 95,000 dan 92,000 kes. Sementara itu,…

Read More