PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 47 lagi kes positif baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Daripada jumlah itu, 21 merupakan kes import manakala 26 kes melibatkan penularan tempatan.
Selain itu, terdapat 44 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya ialah sebanyak 5,615 kes atau 80.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Sehingga 18 Mei 2020, jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,941 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,213 kes.