4.7 juta kes di dunia

AMERIKA Syarikat (AS) terus mencatatkan kes dan kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam lalu, ketika dunia merekodkan lebih 4.7 juta jumlah kes positif Covid-19 dan lebih 314,000 meninggal dunia.

Menurut data Johns Hopkins University, AS merekodkan 1.46 juta kes manakala kematian hampir mencecah 90,000.

Lima negara lain yang mempunyai kes positif melebihi 200,000 iaitu Rusia, United Kingdom, Sepanyol dan Itali sementara Perancis, Jerman, Turki dan Iran merekodkan angka jangkitan melepasi 100,000.

Sementara itu, India dan Peru merekodkan angka jangkitan melepasi China dengan masing-masing merekodkan 95,000 dan 92,000 kes.

Sementara itu, United Kingdom (UK) dan Itali berada pada kedudukan kedua dan ketiga kematian dengan masing-masing mencatatkan 34,000 dan 31,000 kes manakala Perancis dan Sepanyol merekodkan 28,000 dan 27,000 kes.

Jumlah pesakit yang sembuh seluruh dunia pula meningkat kepada 1.7 juta kes.

(Foto grafik ketika 9.50 pagi waktu Malaysia)

Related posts

Leave a Comment