2,593 kes baharu di Arab Saudi

ARAB Saudi mengesahkan 2,593 kes baharu koronavirus menjadikan jumlah kes meningkat kepada 57,345.

Jurucakap Kementerian Kesihatan berkata, lapan kematian lagi dilaporkan menjadikan kes kematian 320 orang.

Daripada 2,593 kes baharu, 75 peratus melibatkan kaum lelaki manakala 44 peratus kes melibatkan warganegara tempatan.

Sebanyak 3,026 kes dilaporkan sembuh menjadikan kes pulih 28,748.

Mengenai lokasi kes, Riyadh mendahului dengan 642 kes diikuti Makkah 510, Jeddah 305, Madinah 245, Dammam 174 dan Khobar 133.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Arab Saudi merancang untuk menjalankan 36,000 ujian harian Covid-19 berbanding ketika ini antara 15,000 hingga 18,000 ujian.

Related posts

Leave a Comment