Bersatu sudah keluar PH

KETUA Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dr Mohd Radzi Md Jidin menolak dakwaan Marzuki Yahya yang mendakwa Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu tidak membuat keputusan meninggalkan gabungan Pakatan Harapan (PH). Mohd Radzi sebaliknya menjelaskan bahawa MPT Bersatu dalam mesyuaratnya pada 23 Februari telah membuat keputusan yang jelas untuk keluar PH dan membentuk sebuah gabungan politik baharu dengan parti-parti lain di luar PH. “Malah keputusan ini bukanlah dibuat secara tergesa-gesa. Ia telah dibincang di pelbagai peringkat pimpinan parti beberapa bulan sebelumnya dan dimuktamadkan dalam mesyuarat Biro Politik Bersatu pada…

Read More

Makkah catat kes tertinggi

ARAB Saudi melaporkan 1,704 kes baharu koronavirus Covid-19  dan 10 kematian yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 37,136 dan kematian 239. Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi sebanyak 1,024 kes pulih yang menjadikan 10,144 kes pulih. Makkah mencatatkan kes teringgi iaitu 417 kes diikuti Riyadh 316, Jeddah 265, Madinah 112, Dammam 111 dan Taif 107. Sementara itu sekatan yang dikenakan dilonggarkan di beberapa kawasan sekitar Madinah di mana penduduk boleh keluar rumah mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang. Keputusan itu atas saranan pihak berkuasa kesihatan  di kawasan seperti Al-Shouraybat, Bani Dhafar,…

Read More

Kes Singapura meningkat 22,460

INDONESIA melaporkan 16 lagi kematian menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19  meningkat kepada 959 kes, manakala kes positif kini seramai 13,645. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, terdapat 533 kes baharu, manakala 113 pesakit sembuh menjadikan kes sembuh 2,607 orang. Seramai 29,690 pesakit masih berada dalam pengawasan virus itu. Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 427 kes diikuti Jawa Timur (141 kes), Jawa Barat (95) dan selebihnya dari wilayah lain di Indonesia. Kementerian Kesihatan SINGAPURA,  mengesahkan sejumlah 328 pesakit lagi pulih tetapi…

Read More

54 kes baharu, 1 kematian

SATU lagi kematian dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kematian Covid-19 kini meningkat kepada 108, manakala 54 kes baharu dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari 9 Mei menjadikan jumlah keseluruhan adalah 6,589 kes. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 65 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 4,929 kes. Sebanyak 18 kes dirawat di ICU dan enam daripadanya sedang menerima bantuan pernafasan. Daripada jumlah baharu itu, 45 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia dan daripada jumlah itu, satu kes import dilaporkan. Ini bermakna kes penularan tempatan adalah sebanyak 53 kes,…

Read More

BPN : Ada golongan tercicir

  TERGANGGU seketika hasrat nak sambung tidur pagi ini apabila rakan-rakan bekas pekerja Utusan Melayu ‘mengirimkan’ rintihan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ditolak. Sebelum ini nama mereka tidak tersenarai dan mengemukakan permohonan baharu mulai 1 April. Masing-masing membuat semakan hari ini dan hasilnya ramai yang kecewa apabila status yang keluar TIDAK LULUS. Alasan yang diberi termasuk pendapatan melebihi kelayakan atau mempunyai syarikat. Mungkin ramai lagi yang menerima nasib yang sama seperti bekas kakitangan Utusan. Ini sekadar contoh. Kepada yang LULUS , syukur Alhamdulillah. Mereka tidak akan memohon jika menganggap diri…

Read More

‘Selamat jika semua selamat’

TIADA orang yang akan selamat sehingga semua orang selamat. Itu ingatan Dr.Mike Ryan, Pakar Kesihatan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ketika bercakap mengenai usaha memerangi Covid-19. Mesejnya jelas supaya setiap orang dalam menghadapi penularan wabak Covid-19  perlu  menjaga diri mereka daripada dijangkiti supaya dapat menyelamatkan diri dan orang lain. Justeru, masyarakat harus menjalani perubahan gaya hidup yang signifikan sehingga vaksin dapat dihasilkan. Katanya, seluruh negara perlu kembali kepada prinsip asas pengawasan kesihatan masyarakat jika ingin menangani Covid-19. “Pengawasan lebih ketat kesihatan awam perlu ditingkatkan kerana banyak negara termasuk Amerika Syarikat…

Read More

Kes melepasi 3.91 juta

KES positif Covid-19 di seluruh dunia meningkat dengan jumlah kumulatif melepasi 3.91 juta, iaitu pertambahan lebih 90,000 kes manakala kematian bertambah 5,000 kes lagi dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan lebih 272,000 kes. Data Johns Hopkins University menunjukkan 10 negara mempunyai angka positif melebihi 100,000 kes. Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai angka jangkitan melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif kes positif kini meningkat kepada 1.27 juta. Tiga negara kini melepasi angka 200,000 kes iaitu Sepanyol 221,000, Itali 217,000 dan United Kingdom 212,000 kes positif. Rusia mencatatkan 187,000,…

Read More