Kes melepasi 3.91 juta

KES positif Covid-19 di seluruh dunia meningkat dengan jumlah kumulatif melepasi 3.91 juta, iaitu pertambahan lebih 90,000 kes manakala kematian bertambah 5,000 kes lagi dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan lebih 272,000 kes.

Data Johns Hopkins University menunjukkan 10 negara mempunyai angka positif melebihi 100,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai angka jangkitan melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif kes positif kini meningkat kepada 1.27 juta.

Tiga negara kini melepasi angka 200,000 kes iaitu Sepanyol 221,000, Itali 217,000 dan United Kingdom 212,000 kes positif.

Rusia mencatatkan 187,000, Perancis 174,000, Jerman 170,000, Brazil 141,000, .

Turki 135,000 dan Iran 104,000.

Sementara itu, angka kematian pula, AS mencatatkan lebih 76,000 dikuti

United Kingdom 31,000, Itali melepasi 30,000,  Sepanyol 26,000 dan Perancis 25,000.

Pesakit yang sembuh pula meningkat kepada 1.3 juta kes.

Related posts

Leave a Comment