Makkah catat kes tertinggi

ARAB Saudi melaporkan 1,704 kes baharu koronavirus Covid-19  dan 10 kematian yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 37,136 dan kematian 239.

Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi sebanyak 1,024 kes pulih yang menjadikan 10,144 kes pulih.

Makkah mencatatkan kes teringgi iaitu 417 kes diikuti Riyadh 316, Jeddah 265, Madinah 112, Dammam 111 dan Taif 107.

Sementara itu sekatan yang dikenakan dilonggarkan di beberapa kawasan sekitar Madinah di mana penduduk boleh keluar rumah mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Keputusan itu atas saranan pihak berkuasa kesihatan  di kawasan seperti Al-Shouraybat, Bani Dhafar, Qurban, Al-Jumuah, dan sebahagian Al-Iskan dan Bani Khidrah.

Related posts

Leave a Comment