Saudi catat 1,701 kes baharu

ARAB Saudi melaporkan 1,701 kes baharu dan 10 kematian menjadikan jumlah kes 35,432 dan kematian 229. Kementerian Kesihatan mengumumkan sebanyak 1,322 kes pulih menjadikan kes sembuh keseluruhan 9,120. Kes kematian melibatkan seorang rakyat tempatan manakala sembilan lagi dari pelbagai kerakyatan. Mereka berumur 25-58 tahun dilaporkan meninggal di Jeddah, Makkah, Madinah dan Riyadh. Sebanyak 87 peratus kes melibatkan lelaki dan peringkat umur pesakit baharu ini  adalah empat peratus kanak-kanak, tiga peratus berumur 65 tahun ke atas, manakala  93 peratus orang dewasa. Kes baharu ini melibatkan 22 peratus penduduk tempatan. Daripada 35,432…

Read More

Singapura rekod 21,707 kes

SINGAPURA mengesahkan secara awal pertambahan 768 kes jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 21,707 kes. Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata 10 kes melibatkan warga Singapura atau penduduk tetap manakala kebanyakan kes melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja. Kementerian itu berkata 17,831 kes melibatkan gejala ringan atau sihat secara klinikal tetapi masih positif Covid-19, diasingkan dan berada di fasiliti komuniti.  Seramai 20 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi berikutan Covid-19 di sini, setakat ini. Sementara itu di THAILAND, lapan lagi kes jangkitan termasuk lima pendatang asing yang telah ditahan di pusat tahanan imigresen,…

Read More

Solat Jumaat terhad di Perlis

SEBAGAI langkah permulaan untuk membolehkan ‘Syiar Jumaat’ dihidupkan kembali, Perlis membenarkan Solat Jumaat bersyarat mulai 15 Mei ini. Peraturan yang ditetapkan ialah jumlah jemaah termasuk imam/khatib tidak melebihi 12 orang dan tidak kurang dari tiga orang dengan hanya pegawai masjid dan Ahli Jawatankuasa Masjid yang dibenarkan. Bernama melaporkan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ketika mengumumkan perkara itu dalam kenyataan, hari ini, 8 Mei menjelaskan keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail. Menurutnya Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra…

Read More

57 kes libatkan warga asing

PUTRAJAYA : Sebanyak 68 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan menjadikan 6,535 kes manakala kematian kekal 107 setelah tiada kematian baharu direkodkan untuk tempoh dua hari berturut-turut. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 68 kes, sebanyak 57 kes melibatkan kalangan bukan warganegara Malaysia. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,564 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Terdapat 88 kes telah pulih menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,864 kes iaitu 74.43 peratus daripada jumlah keseluruhan…

Read More

Bertenang cari siapa yang harus dipercayai

(Versi siaran bebasnews.my ) SATU usul percaya dan satu lagi usul tidak percaya. Itu yang hangat diperkatakan menjelang sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei ini. Usul percaya kepada Dr. Mahathir Mohamad dibuat oleh Presiden Warisan, Shafie Apdal sementara usul tidak percaya pula oleh Ahli Parlimen Langkawi, Dr. Mahathir terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Kedua-dua surat itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi. Namun usul Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna ditolak Speaker kerana ia tidak selaras dengan Artikel 43 Perlembaaan Persekutuan, berhubung kuasa Raja untuk melantik perdana menteri.…

Read More

Darurat ‘ubati’ negara ?

PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menyarankan supaya kuasa pentadbiran negara diletakkan di bawah MAGERAN sebagai pilihan terakhir bagi melakukan ‘pembetulan’ serta mencari penyelesaian terhadap semua masalah negara. Presidennya Ibrahim Ali berkata, perisytiharan darurat selama tiga tahun itu dicadangkan sekiranya ‘keadaan tidak terkawal’ sebelum kembali semula kepada sistem demokrasi berparlimen untuk menghadapi Pilihan Raya Umum  Ke-15. Beliau membuat saranan itu bagi ‘mengubati’ apa yang disifatkannya pelbagai penyakit yang dihadapi negara termasuk berkaitan kepemimpinan politik. “Perisytiharan Darurat bererti menyerahkan kuasa pentadbiran negara di bawah MAGERAN seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969…

Read More

KKM teliti aktiviti masjid

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melalui Ketua Pengarahnya, Dr. Noor Hisham Abdullah telah meneliti cadangan garis panduan bagi pelaksanaan aktiviti keagamaan dan surau untuk mencegah jangkitan Covid-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan perkara itu  di laman Facebook miliknya, pada Jumaat. Garis panduan itu akan dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang akan berlangsung pada Jumaat. “Soal bilakah masa yang sesuai untuk pelaksanaannya, kita berpandukan kepada nasihat dan saranan Kementerian Kesihatan selaku pihak yang berkepakaran. “Akan…

Read More

3.82 juta kes, 268,000 maut

KES positif Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan jumlah kumulatif melepasi 3.82 juta orang dengan pertambahan lebih 80,000 kes. Pada masa yang sama dalam tempoh 24 jam, angka korban terus meningkat dengan pertambahan 6,000 kes lagi menjadikan lebih 268,000 kes. Data Johns Hopkins University menunjukkan bilangan negara yang mempunyai angka positif melebihi 100,000 kes kini 10 negara dengan pertambahan Iran. Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai angka jangkitan melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif kes positif kini meningkat kepada 1.25 juta. Tiga negara kini melepasi angka 200,000 iaitu…

Read More