Saudi catat 1,701 kes baharu

ARAB Saudi melaporkan 1,701 kes baharu dan 10 kematian menjadikan jumlah kes 35,432 dan kematian 229.

Kementerian Kesihatan mengumumkan sebanyak 1,322 kes pulih menjadikan kes sembuh keseluruhan 9,120.

Kes kematian melibatkan seorang rakyat tempatan manakala sembilan lagi dari pelbagai kerakyatan. Mereka berumur 25-58 tahun dilaporkan meninggal di Jeddah, Makkah, Madinah dan Riyadh.

Sebanyak 87 peratus kes melibatkan lelaki dan peringkat umur pesakit baharu ini  adalah empat peratus kanak-kanak, tiga peratus berumur 65 tahun ke atas, manakala  93 peratus orang dewasa.

Kes baharu ini melibatkan 22 peratus penduduk tempatan.

Daripada 35,432 kes, sebanyak 26,856 kes aktif di mana 141 dalam keadaan kritikal.

Jeddah mencatatkan kes tertinggi iaitu 373 diikuti Makkah 308, Madinah 246 dan Riyadh 142.

Related posts

Leave a Comment