3.82 juta kes, 268,000 maut

KES positif Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan jumlah kumulatif melepasi 3.82 juta orang dengan pertambahan lebih 80,000 kes.

Pada masa yang sama dalam tempoh 24 jam, angka korban terus meningkat dengan pertambahan 6,000 kes lagi menjadikan lebih 268,000 kes.

Data Johns Hopkins University menunjukkan bilangan negara yang mempunyai angka positif melebihi 100,000 kes kini 10 negara dengan pertambahan Iran.

Amerika Syarikat (AS) satu-satunya negara yang mempunyai angka jangkitan melebihi 1 juta dengan jumlah kumulatif kes positif kini meningkat kepada 1.25 juta.

Tiga negara kini melepasi angka 200,000 iaitu Sepanyol dengan 220,000, Itali (215,000) dan United Kingdom (207,000) kes positif.

Rusia merekodkan 177,000 kes positif manakala Perancis 174,000, dan Jerman 169,000.

Turki, Brazil dan Iran pula mencatatkan 133,000, 132,367 dan 103,000 kes jangkitan.

Sementara itu, angka korban menunjukkan AS kekal sebagai negara yang merekodkan korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 75,000 kematian.

United Kingdom melepasi angka 30,000 dengan keseluruhan 30,689 diikuti Itali 29,958, Sepanyol 25,857., Perancis 25,813 kes sementara negara lain masih . mempunyai angka kematian di bawah 9,000 kes.

Pesakit yang telah sembuh pula dilaporkan meningkat kepada 1.27 juta kes.

Related posts

Leave a Comment