MDN gesa benarkan solat Jumaat, hari raya

MAJLIS Dakwah Negara (MDN) menggesa kerajaan membenarkan solat Jumaat dan Hari Raya Aidilfitri diadakan di masjid – masjid di seluruh negara bagi ‘menyempurnakan’ kebijaksanaan kerajaan yang telah mengimbangi antara objektif kesihatan masyarakat dan kepentingan ekonomi. Pengerusinya, Dr. Mahmood Zuhdi Ab Majid berkata, cadangan perhimpunan bersyarat di surau dan masjid itu juga dibuat setelah mengambil kira kedudukan kedua-dua tuntutan agama tersebut merupakan Syi’ar Islam yang tidak boleh diabaikan dalam tempoh yang lama. “MDN berpendapat objektif ibadat juga perlu diambil kira bagi mengatasi kesan gugatan psikologi dan spiritual oleh dasar penjarakan sosial…

Read More

Jeddah catat 385 kes

ARAB Saudi merekodkan 1,595 kes baharu menjadikan keseluruhan kes di negara itu setakat ini 30,251 manakala kematian meningkat kepada 200 berikutan pertambahan sembilan lagi kematian dalam tempoh 24 jam lalu. Jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr. Mohammed al-Abd al-Ali memberitahu, sebanyak 955 kes sembuh direkodkan dalam tempoh yang sama menjadikan 5,431 kes. Katanya, 14 peratus kes baharu adalah wanita dan selebihnya lelaki serta majoriti mereka yang terlibat adalah bukan warganegara itu. Daripada jumlah kes baharu itu, Jeddah mencatatkan kes tertinggi iaitu 385 diikuti Makkah 337, Riyadh 230, Dammam 141, Jubail 120 dan…

Read More

Brunei terus kekal 138 kes

BRUNEI DARUSSALAM terus kekal tanpa kes baharu dan mengekalkan jumlah pesakit 138 manakala kematian kekal seorang. Kementerian Kesihatan dalam kenyataan akhbar memberitahu, satu lagi kes sembuh dilaporkan menjadikan 131 kes. Sementara itu kes di INDONESIA meningkat kepada 12,071 kes, dengan tambahan 484 kes baharu dalam tempoh 24 jam. Jurucakap pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, berkata, ketika ini terdapat 26,408 pesakit masih dalam pengawasan virus itu. Lapan lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes meningkat kepada 872 . Sementara itu jumlah mereka yang sembuh setakat ini seramai 2,197 orang. THAILAND mencatatkan kes…

Read More

30 kes baharu, 1 kematian

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan satu lagi kes kematian akibat Covid-19 dan 30 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 106 kes dan kes positif 6,383. Ketua Pengarah KKM, Dr Noor Hisham Abdullah berkata tiada kes import yang direkodkan di mana 21 kes dikesan daripada kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang melibatkan 24 bukan warganegara. Pada masa yang sama, terdapat 83 kes yang telah pulih dan menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah sebanyak 4,567 kes yang bersamaan dengan 71.55 peratus daripada…

Read More

PKPB : Terus patuh SOP

SIKAP patuh serta disiplin sosial dalam kalangan orang ramai amat penting bagi mencapai matlamat untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dalam komuniti. Mereka juga perlu mengamal serta membudayakan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian bagi mencegah penularan pandemik maut itu di negara ini. Itu pesanan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam pesanan khidmat masyarakat yang disiarkan oleh semua stesen televisyen tempatan. “Kita perlu mengamalkan dan membudayakan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian kita seperti penjarakan sosial, mengelak (mengadakan dan menyertai) perhimpunan, pastikan sentiasa basuh tangan dengan air dan sabun serta sangat digalakkan memakai penutup mulut…

Read More

Kerja ‘Robin Hood’ ?

BARU-BARU ini, tular video mengatakan aktor Bollywood, Aamir Khan menderma sejumlah wang kepada golongan yang memerlukan secara rahsia, iaitu memasukkannya ke dalam karung satu kilogram gandum. Aamir dikatakan mengirim satu lori karung gandum untuk diagihkan kepada penduduk yang memerlukan disebabkan perintah berkurung akibat wabak Covid-19. Disebabkan ia hanya 1 kg gandum, banyak keluarga yang tidak mengambilnya tetapi agak mengejutkan apabila mereka yang mengambil karung itu mendapati di dalamnya ada wang tunai Rs15,000 (RM850). Bagaimanapun, laporan yang menyebabkan Aamir menerima pujian itu tidak benar. Menerusi satu kiriman di Twitter, Aamir menganggap…

Read More

Catatan 12 Ramadan 1436

(Berdasarkan tulisan Selak  29 Jun 2015) Petikan  : Jangan biarkan pahala ibadah Ramadan ‘dikutip’ orang 1 – Sudah sewajarnya, kita menghentikan sementara atau belajar mematikan terus tindak tanduk kita yang ghairah menyebarkan perkara-perkara yang tidak betul. Hentikan tabiat suka mengkritik, mengumpat, mengadu domba, menghina atau memperkecilkan orang lain tanpa usul periksa melalui media sosial seperti WhatsApp dan sebagainya. Dalam satu tazkirah yang didengar kelmarin, imam mengingatkan supaya jangan di akhirat nanti, orang lain mengutip pahala kita. Di dunia, seseorang itu begitu tekun beribadah termasuk pada bulan Ramadan tetapi akhirnya di…

Read More

Lebih 3.5 juta dijangkiti

KES positif Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 3.5 juta kes dengan jumlah kematian meningkat lebih 3,000 kes menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia 249,000 orang. Menurut statistik Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) mencatatkan jumlah kumulatif kes positif 1.172 juta sementara hampir 70,000 menjadi korban. Sepanyol mencatatkan 216,000 kes, Itali 211,000 , United Kingdom 191,000 dan Perancis 168,000, Jerman 165,000, Rusia 145,000, Turki 127,000 dan Brazil 102,000. Mengenai statistik kematian, Itali menjadi negara kedua mencatatkan jumlah tinggi iaitu hampir 30,000 kes diikuti United Kingdom (UK) 28,734 kes, Perancis 25,264…

Read More