Kerja ‘Robin Hood’ ?

BARU-BARU ini, tular video mengatakan aktor Bollywood, Aamir Khan menderma sejumlah wang kepada golongan yang memerlukan secara rahsia, iaitu memasukkannya ke dalam karung satu kilogram gandum.

Aamir dikatakan mengirim satu lori karung gandum untuk diagihkan kepada penduduk yang memerlukan disebabkan perintah berkurung akibat wabak Covid-19.

Disebabkan ia hanya 1 kg gandum, banyak keluarga yang tidak mengambilnya tetapi agak mengejutkan apabila mereka yang mengambil karung itu mendapati di dalamnya ada wang tunai Rs15,000 (RM850).

Bagaimanapun, laporan yang menyebabkan Aamir menerima pujian itu tidak benar.

Menerusi satu kiriman di Twitter, Aamir menganggap ada kemungkinan namanya digunakan individu yang tidak mahu kerja amal mereka diketahui umum.

“Bukan saya yang memasukkan wang ke dalam karung gandum itu. Ini berita palsu, mungkin ada ‘Robin Hood’ yang tidak mahu mendedahkan siapa dirinya!” tulis Aamir.

Related posts

Leave a Comment