PKPB : Terus patuh SOP

SIKAP patuh serta disiplin sosial dalam kalangan orang ramai amat penting bagi mencapai matlamat untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dalam komuniti.

Mereka juga perlu mengamal serta membudayakan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian bagi mencegah penularan pandemik maut itu di negara ini.

Itu pesanan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam pesanan khidmat masyarakat yang disiarkan oleh semua stesen televisyen tempatan.

“Kita perlu mengamalkan dan membudayakan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian kita seperti penjarakan sosial, mengelak (mengadakan dan menyertai) perhimpunan, pastikan sentiasa basuh tangan dengan air dan sabun serta sangat digalakkan memakai penutup mulut dan hidung di tempat awam.

“Ini adalah tanggungjawab sosial dan kita perlu menjaga diri sendiri, keluarga serta komuniti. Sila duduk rumah jika tiada urusan penting di luar., “ katanya

Noor Hisham turut mengajak seluruh rakyat agar mematuhi pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu kelonggaran diberikan untuk membuka semula hampir semua sektor ekonomi secara berhati-hati dan terkawal.

Katanya peniaga, pengusaha dan majikan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta syarat yang ditetapkan.

Related posts

Leave a Comment