Jeddah catat 385 kes

ARAB Saudi merekodkan 1,595 kes baharu menjadikan keseluruhan kes di negara itu setakat ini 30,251 manakala kematian meningkat kepada 200 berikutan pertambahan sembilan lagi kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr. Mohammed al-Abd al-Ali memberitahu, sebanyak 955 kes sembuh direkodkan dalam tempoh yang sama menjadikan 5,431 kes.

Katanya, 14 peratus kes baharu adalah wanita dan selebihnya lelaki serta majoriti mereka yang terlibat adalah bukan warganegara itu.

Daripada jumlah kes baharu itu, Jeddah mencatatkan kes tertinggi iaitu 385 diikuti Makkah 337, Riyadh 230, Dammam 141, Jubail 120 dan 101 kes di Hufof.

Related posts

Leave a Comment