Lebih 3.5 juta dijangkiti

KES positif Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 3.5 juta kes dengan jumlah kematian meningkat lebih 3,000 kes menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia 249,000 orang.

Menurut statistik Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) mencatatkan jumlah kumulatif kes positif 1.172 juta sementara hampir 70,000 menjadi korban.

Sepanyol mencatatkan 216,000 kes, Itali 211,000 , United Kingdom 191,000 dan Perancis 168,000, Jerman 165,000, Rusia 145,000, Turki 127,000 dan Brazil 102,000.

Mengenai statistik kematian, Itali menjadi negara kedua mencatatkan jumlah tinggi iaitu hampir 30,000 kes diikuti United Kingdom (UK) 28,734 kes, Perancis 25,264 dan Sepanyol 24,864.

Related posts

Leave a Comment