Brunei terus kekal 138 kes

BRUNEI DARUSSALAM terus kekal tanpa kes baharu dan mengekalkan jumlah pesakit 138 manakala kematian kekal seorang. Kementerian Kesihatan dalam kenyataan akhbar memberitahu, satu lagi kes sembuh dilaporkan menjadikan 131 kes.

Sementara itu kes di INDONESIA meningkat kepada 12,071 kes, dengan tambahan 484 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, berkata, ketika ini terdapat 26,408 pesakit masih dalam pengawasan virus itu.

Lapan lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes meningkat kepada 872 . Sementara itu jumlah mereka yang sembuh setakat ini seramai 2,197 orang.

THAILAND mencatatkan kes baharu Covid-19 paling rendah sejak 9 Mac lalu dengan hanya tambahan satu kes menjadikan 2,988 kes dan kematian sifar dalam tempoh 24 jam. Jumlah kematian setakat ini 54.

Kes terkini melibatkan seorang lelaki berusia 45 tahun yang berasal dari selatan wilayah Narathiwat.

Bagaimanapun jumlah kes baharu itu tidak termasuk kes yang melibatkan kluster tahanan imigresen di selatan Thailand yang menyaksikan sebanyak 60 kes baharu pada ketika itu

Di samping itu, sebanyak, 2,747 pesakit dilaporkan sembuh sementara 187 lagi sedang dirawat di hospital.

Di FILIPINA, sehingga pukul 4 petang 5 Mei, Jabatan Kesihatan melaporkan 199 kes baharu menjadikan jumlah kes jangkitan sebanyak 9,684.

Sementara itu sebanyak 14 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 637 kes sementara kes pulih meningkat kepada 1,408 apabila 93 lagi pesakit sembuh.

Kementerian Kesihatan SINGAPURA pula mengesahkan 632 kes baharu jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kini 19,410.

Berdasarkan laporan awal, sebilangan besar kes tersebut melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama dan hanya sembilan kes warga Singapura atau penduduk tetap.

Semalam, Singapura mengklasifikasikan 1,229 sebagai kes komuniti, 579 kes import manakala 577 kes lagi melibatkan pemegang permit kerja yang tidak tinggal di asrama.

Sementara itu, pekerja asing di asrama, mendominasi jumlah kes setakat Isnin sebanyak 18,778 pada 87.3 peratus atau 16,393 kes.

Setakat ini 1,457 kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan telah dibenarkan keluar hospital atau fasiliti perubatan, 25 kritikal dirawat di unit rawatan rapi dan 18 telah meninggal dunia.

Related posts

Leave a Comment