Saudi catat 1,325 kes baharu

KEMENTERIAN Arab Saudi merekodkan 1,325 kes baharu Covid-19 dan lima kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes 21,402 manakala kematian 157. Daripada jumlah itu, 15 peratus kes melibatkan warga tempatan sementara 85 peratus bukan warganegara Saudi. Lima orang bukan warganegara Saudi meninggal dunia akibat komplikasi virus . Mereka berumur antara 25 dan 52 tahun, yang tinggal di wilayah timur dan Makkah. Kebanyakan mereka juga menghidap penyakit kronik. Makkah terus mendahului jumlah kes iaitu 356, Madinah 225, Jeddah 224 dan 203 di Riyadh. Sementara itu 2,953 pesakit pulih.

Read More

Thailand catat angka satu digit

THAILAND buat hari ketiga mencatatkan kes baharu positif Covid-19 dalam kiraan satu digit apabila sembilan kes dilaporkan hari ini, 29 April termasuk dua kes melibatkan petugas kesihatan. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Thaweesilp Wissanuyothin berkata jumlah kumulatif kes kini 2,947 manakala kematian kekal 54 orang tanpa kematian baharu dilaporkan.. Sebanyak 2,665 kes pulih dan dibenar pulang manakala 228 masih menerima rawatan di wad. Daripada 2,947 kes, Bangkok mencatatkan jumlah tertinggi kes iaitu 1,488 diikuti Phuket (213), Nonthaburi (157), Samut Prakan (113) dan Yala, (113). Di INDONESIA, kes positif Covid-19  terus meningkat kepada 9,771 kes,…

Read More

Irrfan Khan meninggal dunia

BINTANG Bollywood, Irrfan Khan, 53, meninggal dunia di hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani Mumbai pagi ini (Rabu) 29 April akibat tumor. Beliau yang dimasukkan ke hospital pada Selasa berikutan jangkitan usus pernah membintangi filem popular seperti ‘Life of Pi’ dan ‘Slumdog Millionaire’ serta turut membintangi filem 2016 ‘Inferno’ bersama Tom Hanks. Sabtu lalu, Irrfan Khan kematian ibunya Saeeda Begum di Jaipur tetapi tidak dapat menghadirinya kerana perintah berkurung berikutan penularan wabak Covid-19. Pada 2018, dia didiagnos menghidap ketumbuhan neuroendokrin, penyakit yang menjejaskan sistem pesanan hormon tubuh dan kajian mendapati ia hanya…

Read More

94 kes termasuk 72 import

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 94 lagi kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,945 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada 94 jumlah kes baharu itu, 72 merupakan kes import melibatkan rakyat negara ini dan pelajar yang pulang dari Indonesia. “Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah 22 kes sahaja. Sehingga kini, seramai 40 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), daripada jumlah tersebut, 18 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. Katanya jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,758 kes dan semua pesakit…

Read More

Singapura catat 690 kes baharu

KEMENTERIAN Kesihatan Singapura (MOH) merekodkan 690 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 15,641 kes. Kes baharu itu termasuk enam melibatkan kes dalam komuniti manakala jumlah terbesar dari penghuni asrama pekerja. Setakat ini, 1,128 pesakit telah pulih sepenuhnya manakala 21 dalam keadaan kritikal dengan menerima rawatan di unit rawatan rapi dan 14 meninggal dunia. Semalam, 28 April MOH menyatakan jumlah kes baharu dalam komuniti telah berkurangan daripada purata 28 kes sehari pada minggu sebelum kepada purata 17 kes sehari pada minggu lepas. MOH memaklumkan bahawa daripada 528 kes baharu semalam,…

Read More

Tiada hukuman dua darjat

PUTRAJAYA : Tiada istilah hukuman dua darjat bagi mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob Tanpa berselindung, menteri itu tahu ia merujuk kes Timbalan Menteri Kesihatan dan Exco Perak apabila wartawan bertanyakan mengenai hukuman denda dan penjara terhadap pesalah yang melanggar arahan PKP. Katanya, tiada istilah hukuman dua darjat bagi mereka yang melanggar PKP sebaliknya, kerajaan sentiasa bersikap adil kepada semua dan tindakan undang-undang yang diambil adalah mengikut tuduhan yang dikenakan.  “Contohnya (isu denda) exco Perak dan Timbalan Menteri Kesihatan, mereka didenda…

Read More

Dulu seorang kini berdua

DULU seorang, kini berdua. Mulai Rabu, 29 April, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat membenarkan dua orang dari sebuah keluarga untuk keluar membeli barangan keperluan, makanan atau ubat-ubatan. Syarat-syarat pergerakan yang ditandatangani oleh Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba menyebut seseorang yang keluar untuk membeli barangan keperluan boleh ditemani seorang lagi ahli keluarga yang tinggal di rumah yang sama. Menteri Kanan (Kluster Pertahanan), Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian PKP berkata, pergerakan yang tidak melebihi 10km radius turut dilonggarkan untuk individu yang mahu mendapatkan bekalan makanan dan perkhidmatan perubatan. Bagaimanapun…

Read More

Maro @ duduk dUmoh 45

RAMBUT panjang tak terurus orang lain boleh nampak, bolehlah tegur tapi kalau kuku panjang, sendiri tengoklah sebelum jamah makanan.  Syabas Maro, kita duduk di rumoh diam diam 43 hari tapi karya Maro dah masuk yang ke-45. Ideanya sentiasa muncul, sama seperti hari-hari cari idea untuk Mamak Cyber.. Sekali sekala diharapkan Maro tampilkan Mamak Cyber ketika PKP ni…

Read More

Enam gejala baharu

PUSAT Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) menyenaraikan tambahan enam gejala Covid-19 yang baharu, seiring dengan pemahaman lebih mendalam pakar kesihatan mengenai virus berkenaan. Gejala terbabit adalah menggigil; getaran tubuh secara berulang serentak dengan menggigil; sakit otot; sakit kepala; sakit tekak dan kehilangan deria rasa atau bau. Semua gejala ini biasanya muncul dua hingga 14 hari setelah pesakit terdedah kepada virus berkenaan. Sebelum ini, CDC hanya menyenaraikan tiga gejala yang diketahui iaitu sesak nafas, batuk dan demam. Penambahan tersebut mengesahkan maklumat yang dilaporkan oleh pesakit dan doktor selama…

Read More