94 kes termasuk 72 import

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 94 lagi kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,945 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada 94 jumlah kes baharu itu, 72 merupakan kes import melibatkan rakyat negara ini dan pelajar yang pulang dari Indonesia.

“Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah 22 kes sahaja. Sehingga kini, seramai 40 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),

daripada jumlah tersebut, 18 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Katanya jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,758 kes dan semua pesakit telah diasingkan dan diberi rawatan.

Jumlah kematian pula kekal 100 atau 1.68 peratus daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19.

Dalam tempoh yang sama, seramai 55 pesakit telah pulih sepenuhnya menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 4,087 kes (68.75 peratus).

Related posts

Leave a Comment