Saudi catat 1,325 kes baharu

KEMENTERIAN Arab Saudi merekodkan 1,325 kes baharu Covid-19 dan lima kematian dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes 21,402 manakala kematian 157.

Daripada jumlah itu, 15 peratus kes melibatkan warga tempatan sementara 85 peratus bukan warganegara Saudi.

Lima orang bukan warganegara Saudi meninggal dunia akibat komplikasi virus . Mereka berumur antara 25 dan 52 tahun, yang tinggal di wilayah timur dan Makkah. Kebanyakan mereka juga menghidap penyakit kronik.

Makkah terus mendahului jumlah kes iaitu 356, Madinah 225, Jeddah 224 dan 203 di Riyadh.

Sementara itu 2,953 pesakit pulih.

Related posts

Leave a Comment