Darurat Thailand hingga 31 Mei

INDONESIA melaporkan 415 kes baharu positif Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes 9,511. Jurucakap pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata setakat ini 20,428 orang disenaraikan sebagai pesakit dalam pengawasan. “Dalam tempoh 24 jam, dari pukul 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, berlaku lapan kematian, menjadikan jumlahnya 773 orang,” katanya. Provinsi Jakarta mencatatkan kematian tertinggi iaitu 370 kes, diikuti Jawa Timur (90 kes), Jawa Barat (79) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. Di THAILAND, tujuh kes baharu dan dua kematian dicatatkan menjadikan jumlah…

Read More

1,266 kes baharu di Arab Saudi

KEMENTERIAN Kesihatan Arab Saudi merekodkan 1,266 kes baharu Covid-19 dan lapan kematian menjadikan jumlah kes 20,077 manakala kematian 152. Sebanyak 23 peratus kes baharu itu melibatkan warganegara Arab Saudi sementara 77 peratus bukan warganegara. Kes kematian pula melibatkan seorang lelaki tempatan di Jeddah, dua wanita tempatan di Makkah dan lima lagi bukan penduduk Arab Saidi di Makkah  dan Jeddah.Kebanyakan mereka juga mempunyai sejarah penyakit kritikal. Daripada 20,077 kes, sebanyak 17,141 kes adalah aktif termasuk 118 kes kritikal. Sementara itu, daripada 1,266 kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 327 kes adalah di…

Read More

Satu kematian, 31 kes baharu

PUTRAJAYA: Satu kematian dan 31 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian 100 kes sementara kes positif Covid-19 sebanyak 5,851 kes. Dalam masa yang sama terdapat 75 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya adalah sebanyak 4,032 kes bersamaan dengan 68.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid- 19 adalah 1,719 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. “Sehingga kini, seramai 36 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi…

Read More

16,000 warga asing, 6,000 orang tempatan

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) ada hikmahnya. Macam-macam cerita terbongkar. Salah satu daripadanya mengenai ‘taburan penduduk’. Hari ini terdedah jumlah warga tempatan dan warga asing di sekitar Pusat Bandar Utara dan Pasar Borong Kuala Lumpur. Jumlahnya 6,000 warga tempatan, 16,000 warga asing. Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa mendedahkan berdasarkan bancian terbaru di kawasan itu mendapati daripada jumlah keseluruhan penduduknya iaitu 22,000 orang, seramai 16,000 adalah warga asing termasuk pelarian Rohingya yang memegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).  “Ketika bancian awal hanya ada lebih 10,000 warga asing namun setelah dibanci secara terperinci mendapati…

Read More

PKP: Timbalan menteri didenda

GERIK: Timbalan Menteri Kesihatan,  Dr Noor Azmi Ghazali dijatuhi hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini (28 April 2020) kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menghadiri satu jamuan dua minggu lepas.  Turut dikenakan denda sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak Razman Zakaria serta 13 individu lain. Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh menjatuhkan hukuman itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan masing-masing yang dibacakan secara serentak oleh jurubahasa mahkamah. Mereka membayar denda itu. Terdahulu, Dr Noor Azmi yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai,…

Read More

Pengakhiran wabak masih jauh

GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Gebreyesus memberi amaran bahawa pandemik koronavirus masih jauh lagi untuk berakhir. Katanya, masih banyak yang perlu dilakukan dan WHO masih bimbang dengan trend peningkatan Afrika, Timur Eropah, Amerika Latin dan beberapa negara Asia. “Ketika beberapa negara di Eropah melonggarkan sekatan susulan pengurangan kes, kami mendesak negara-negara ini mencari, mengasingkan, menguji dan merawat semua kes dan mengesan kontak untuk memastikan trend penurunan ini berterusan.,” kata Tedros dalam sidang media Covid-19. Beliau yakin tindakan yang betul akan membolehkan dunia mengelak jangkitan gelombang…

Read More

Jangkitan 3 juta, maut 210,000

KES positif Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi tiga juta orang setakat awal pagi 28 April dengan pertambahan lebih 70,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam di mana tujuh negara mempunyai angka positif melebihi 100,000. Data Johns Hopkins University juga menunjukkan dalam tempoh yang sama, kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia meningkat sebanyak 4,000 kes menjadikan jumlah keseluruhan yang maut mencecah 210,000. Lima buah negara mempunyai kes maut melebihi 20,000. Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dan kumulatif kes positif kini 961,000 iaitu pertambahan 22,000 kes dan mencatatkan…

Read More

Darurat Thailand hingga 31 Mei

PERDANA Menteri Thailand, Jeneral Prayuth Chan o-cha bersetuju untuk melanjutkan tempoh perintah darurat sehingga akhir bulan Mei dan akan mempertimbangkan untuk mengurangkan beberapa sekatan. Jurucakapn Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata keputusan dibuat pada mesyuarat CCSA yang dipengerusikan Perdana Menteri semalam. Thailand sebelum ini mengisytiharkan darurat dari 26 Mac hingga 30 April dalam usaha mengekang pandemik Covid-19 di negara itu. Beliau berkata CCSA turut mengesyorkan agar perintah berkurung dari pukul 10 malam hingga 4.00 pagi yang dikenakan di seluruh negara dilanjutkan hingga 31 Mei. Begitu juga melanjutkan sekatan perjalanan…

Read More