Jangkitan 3 juta, maut 210,000

KES positif Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi tiga juta orang setakat awal pagi 28 April dengan pertambahan lebih 70,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam di mana tujuh negara mempunyai angka positif melebihi 100,000.

Data Johns Hopkins University juga menunjukkan dalam tempoh yang sama, kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia meningkat sebanyak 4,000 kes menjadikan jumlah keseluruhan yang maut mencecah 210,000.

Lima buah negara mempunyai kes maut melebihi 20,000.

Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dan kumulatif kes positif kini 961,000 iaitu pertambahan 22,000 kes dan mencatatkan angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 50,000 kematian iaitu 55,000.

Sepanyol dan Itali masing-masing mencatatkan 229,000 dan 199,000 kes sementara Perancis dan Jerman masing-masing merekodkan 162,000 dan 158,000 kes

Itali dijangka melepasi angka 200,000 ketika negara itu mengumumkan pelan melonggarkan sekatan pada 4 Mei setelah mencatatkan penurunan kes positif dan kematian dari hari ke hari.

United Kingdom (UK) dan Turki pula mempunyai kes positif 158,000 dan 112,000 kes.

Sementara itu, Itali mencatatkan pertambahan 333 kematian dengan jumlah korban kini merekodkan 26,977. Sepanyol dan Perancis masing-masing mencatatkan pertambahan 331 dan 437 kematian dengan keseluruhan kedua negara merekodkan kematian melebihi 23,000.

United Kingdom (UK) menjadi negara kelima tertinggi merekodkan jumlah kematian dengan 21,092 iaitu pertambahan 360 kes.

Jumlah pesakit COVID-19 yang telah sembuh daripada virus itu kini melebihi 887,000 di seluruh dunia.

Negara-negara di Eropah yang terjejas teruk akibat pandemik itu kini mula melonggarkan sekatan setelah mencatatkan penurunan kes positif dan kematian sejak seminggu lalu.

Related posts

Leave a Comment